Wednesday, September 27, 2017

Wajib Baca Dan Buat: Cara Mudah Mengesan Santau Di Dalam Badan


Santau ini ada beberapa jenis diantaranya santau air, santau angin dan beberapa lagi santau lain. Santau yang paling bahaya adalah santau angin ianya dihantar melalui medium angin manakala santau air pula dihantar melalui medium air minuman dan makanan


Biasanya orang yang terkena santau ni tak sedar dirinya disantau hanya apabila orang tersebut terlanggar pantang santau seperti contoh menghisap rokok terminum air asam lebih-lebih lagi asam jawa dan makan cuka maka dengan serta merta santau yang tak aktif dalam tubuhnya akan aktif.
SANTAU BOLEH DIKESAN
Saya dapati ada beberapa cara untuk mengenali diri atau siapa saya terkena santau. Dengan cara mengesan kehadiran santau yang tak diundang ini dalam badan, saya kongsikan salah satunya di sini dengan menggunakan buah limau nipis. Ramuan santau termasuk jin yang ada bersamanya sangat sensitif dengan buah limau nipis.
KAEDAH YANG SIMPLE DAN PRAKTIKAL
Dalam proses menguji diri samada terkena sihir atau sebaliknya, pesakit boleh mencuba cara ini yang ringkas dan amat berkesan. Kaedah ini boleh dilakukan sendiri atau dibantu oleh orang lain kepada pesakit. Bila ia dapat dikesan dari awal, inshaaAllah proses rawatannya dapat dilakukan segera. Jika terlewat maka rawatan menjadi lebih rumit kerana kesannya telah tersebar ke seluruh tubuh.
GUNAKAN TITISAN AIR LIMAU NIPIS
Kaedahnya begini… Ambil sebiji limau nipis, belah dan kemudian perahkan sedikit air limau tersebut beberapa titik ke dalam mulut sebelum tidur pada waktu malam. Disyorkan ia dilakukan bila diri rasa tak tenteram, rasa tak sedap badan, berdepan dengan rasa sakit yang pelik atau sebagai langkah berjaga-jaga. InshaaAllah bila cara yang ringkas dan praktikal ini dilakukan, pesakit dapat rasakan sesuatu yang luar dari biasa jika anda diserang santau. Tindakbalas yang berlaku menunjukkan kehadiran santau dalam tubuh.
TINDAKBALAS MENUNJUKKAN IANYA POSITIF
Antara tindakbalas selepas mencuba kaedah ini, mereka yang terkena santau akan mengalami sesah nafas, sakit dada, bermimpi sesuatu yang menakutkan, tidak dapat tidur malam dan tersedar atau terkejut dari tidur. Bila tanda-tanda ini berlaku ia menunjukkan kemungkinan diserang santau adalah tinggi. Sebaliknya jika melalui kaedah ini tidak ada kesan-kesan sepertimana yang disebutkan tersebut, ia menunjukkan penyakait yang di alami tidak ads kaitannya dengan santau, mungkin penyakit lain. Perlu dapatkan rawatan atau bertemu dengan pengamal perubatan islam atau ustaz yang mampu merawat santau.
RUJUK PAKAR DAN MEREKA YANG BERPENGALAMAN
Walau demikian, kaedah ini hanyalah satu usaha ringkas mengesan samada pesakit diserang santau atau sebaliknya. Sebaiknya bawa pesakit bertemu mereka yang lebih pakar dan berpengalaman untuk mengesan dan mendapatkan nasihat serta rawatan jika perlu. Untuk pengetahuan, tak semua perawat melibatkan diri secara khusus dalam rawatan santau. Pastikan bertemu dan merujuk kepada mereka yang betul-betul pakar agar rawatan boleh dilakukan jika didapati postif. Kesilapan rawatan atau kelewatan menjalankan rawatan penyembuhan boleh menyebabkan kesan kepada pesakit lebih parah. Moga perkongsian ini memberi banyak manafaat. Wallahua’lam.
Sumber: zainalrashid.net

No comments:

Post a Comment