Friday, November 24, 2017

15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

1. Bohemian Grove, AS

Memiliki kawasan seluas 11 kilometer persegi, kawasan ini merupakan hakmilik kepada sebuah kelab di bandar San Francisco yang dikenali sebagai The Bohemian Club. Sejak 1899, kawasan ini menjadi sering dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin di dunia pada setiap bulan Julai.
Selama 100 tahun, segala aktiviti kelab ini dirahsiakan daripada orang awam. Terdapat desas-desus yang mengatakan The Bohemian Club ini sebenarnya ejen kepada Illuminati atau pun Freemason.
2. HAARP, AS

Di Alaska, terdapat sebuah padang yang dipenuhi dengan pelbagai jenis antenna telah dibina di sebuah kawasan keluasan 13 hektar disebuah lembah yang tidak berpenghuni.
Teori konspirasi mencadangkan ini merupakan salah satu teknologi yang digunakan oleh pihak AS untuk mengawal suhu dunia, mematikan satelit dan mengawal minda manusia.
3. Mezhgorye, Russia

Terletak di sebuah kawasan terpencil di pendalaman Rusia, terletaknya sebuah bangunan yang bermisteri. Daripada udara, kawasan ini kelihatan seperti kawasan yang telah ditinggalkan.
Namun terdapat desas-desus yang mengatakan kawasan ini sebenarnya merupakan sebuah pusat pembangunan senjata yang dibina di bawah tanah.
4. Kronstad, Russia

Pada mulanya, bandar kecil ini yang terdiri daripada beberapa buah kubu dan pelabuhan telah dibina untuk mempertahankan St Petersburg daripada ancaman musuh.
Namun, setelah era peperangan telah tamat, kawasan ini menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke kawasan ini untuk melawat kubu ini.
Namun, hari ini, kawasan kubu telah pun ditutup untuk para pelancong atas sebab-sebab keselamatan.
5. Gunung Athos, Greek Macedonia

Kawssan pergunungan yang hebat ini merupakan rumah kepada beberapa buah pusat keagamaan, namun but semua orang dibenarkan untuk datang ke kawasan ini untuk menikmati pemandangan yang hebat daripada puncak gunung itu.
Antara yang dilarang adalah wanita dan haiwan betina. Sebarang percubaan untuk melanggar peraturan ini akan menyebabkan individu itu dipenjara selama setahun.
6. Peti Keselamatan Di Mana Resepi Coca-cola Disimpan

Dikatakan, terdapat hanya dua orang individu saja yang mengetahui rahsia kepada minuman popular ini. Resepi ini disimpan di ibu pejabat syarikat itu di bawah pengawasan yang ketat.

7. Padang Pasir Danakil, Ethiopia

Dengan peperangan yang masih berpanjangan di sepanjang sempadan Ethiopia, kawasan ini telah ditutup dari pelancong.

8. Motuo County, China, Tibet

Kawasan ini merupakan kawasan suci untuk penganut agama Buddha dan tiada jalan yang menghubungan dunia luar kepada kawasan ini.
Mereka yang mahukan ketenangan untuk bertapa harus mengharusi hutan belantara dengan berjalan kaki untuk tiba ke kawasan ini.
9. Oymyakon, Rusia

Kawasan ini merupakan kawasan yang paling tandus dan paling sejuk di dunia dengan suhu paling rendah yang pernah dicatatkan -32°C.

10. Kawasan Perlindungan Suku Javari, Brazil

Terletak di sempadan Brazil dan Peru, terdapat sebuah kawasan yang terpencil yang langsung terputus hubungan dengan tamadun moden.
Dianggarkan terdapat lebih 150 puak asli Indian yang merupakan keturunan kepada golongan hamba suatu ketika dahulu menetap di kawasan ini.
11. Pulau Pitcairn, British

Di pulau yang terpencil ini, terdapat lebih kurang 50 orang yang menetap di sini. Mereka merupakan keturunan kepada kru kapal HMS Bounty.

12. Cincinnati, Ohio, AS

Cincinnati Subway merupakan rangkaian terowong keretapi bawah tanah yang terbesar yang pernah ditinggalkan. Terowong ini telah pada awal abad ke 20 tetapi telah ditangguhkan pembinaannya pada masa itu kerana masalah kewangan.
Sebenarnya kawasan ini masih boleh dikunjungi, tetapi hanya pada bulan Mei setiap tahun.
13. Mekah dan Madinah

Kedua-dua kawasan ini merupakan tempat suci orang Islam dan hanya mereka yang bergelar Muslim sahaja yang dibenarkan untuk mengunjungi kedua-dua tempat ini.
Orang bukan Islam dilarang sama sekali daripada mengunjungi tempat ini dan mana-mana pesalah yang ditangkap akan dihukum mati
14. Lebuhraya Karakoram

Lebuhraya yang menghubungkan Pakistan dengan China ini terletak pada ketinggian 15,466 kaki. Namun lebuhraya ini telah ditutup kepada pengguna jalanraya akibat kejadian tanah runtuh dan runtuhan salji.

15. Pulau Ular, Brazil

Pulau ini terletak kira-kira 90 kilometer di luar kawasan pantai Brazil. Sebarang aktiviti di pulau tersebut adalah diharamkan dan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan yang akan berlaku sekiranya manusia pergi ke pulau tersebut.
Pengharaman ini telah dilakukan oleh Tentera Laut Brazil sendiri. Terdapat juga pelbagai misteri dan khazanah alam yang masih belum diterokai di pulau tersebut.

Bacalah Ayat Ini Saat Kita dalam Kesempitan, Nescaya Allah Akan Kirim Malaikat Untuk Membantu.


Tersebutlah satu orang laki laki yg menempuh perjalanan dari Damsyik ke Zabadani. ditengah jalan, ada laki laki lain yg berniat menyewa keledainya. Walau tidak dikenali, beliau membolehkan lelaki asing utk menyewa keldainya. Keduanya terjadi menuju satu tempat, beriringan.

Ayo melalui arah sini, ajak Lelaki penyewa keldai. "Tidak, saya belum sempat melalui jalan itu. Sila tempuh jalan lain. "Jawab si laki laki. Mengelak.
Tenang saja, "rayu laki laki penyewa keldai," aku yg bakal jadi penujuk jalan. "

Keduanya pula berunding sampai lelaki perdana mengikuti saran lelaki yg menyewa keldainya.
Tidak lama selepas itu, kedua-duanya sehingga di satu buah lokasi yg sukar dilalui. Medannya curam & curam. Lelaki pemilik keldai menonton ada sekian banyak mayat tergeletak di sana.
Tidak disangka, lelaki yg menyewa keledainya turun sambil menodongkan sebilah pedang. "Turunlah serta-merta! Saya dapat membunuhmu! "

Lelaki pemilik keldai pula berlari sekuat kemampuannya. Beliau berikhtiar mengelak, namun sia-sia lantaran sukarnya medan yg mesti dilalui.

Ambil sahaja keldai akulah yang menguasainya.
Bebaskan saya. "Papar lelaki pemilik keldai. Nyawanya terancam. Pasti. Saya tak mahu mensia-siakan keledaimu. Namun, saya pula mau membunuhmu. "Gertak si bujang. Bengis.
Tidak henti-henti, lelaki pemilik keldai ini mengemukakan nasihat. Dia serta membacakan ancaman-ancaman Allah Ta'ala dalam Al-Quran & hadis Nabi berkenaan dosa membunuh & jalankan jenayah dengan cara biasa.

Di Sayangkan, laki laki itu tidak mempedulikan. Nafsu membunuhnya telah bulat. Tidak dapat dicegah. Mustahil diurungkan. "Jika begitu," ucap lelaki pemilik keldai, "izinkanlah aku mendirikan solat. dua rakaat saja. "

Baiklah, "bentak lelaki jahat," tapi jangan sampai lama-lama! "Qadarullah, seluruhnya hafalan lelaki pemilik keldai hilang. Disaat sibuk mengingat-ingat, laki laki tidak mempunyai kesedaran itu menengking menyergah & menyuruhnya bergegas.Hasilnya, teringat satu ayat oleh lelaki pemilik keldai ini. Dia membaca


firman Allah Ta'ala dalam surat An-Naml [27] ayat 62,
Atau siapakah yg memperkenankan (doa) orang yg dalam kesusahan jika dia berdoa Kepada-Nya & yg menghilangkan kesulitan & yg menjadikan anda (manusia) sbg khalifah di bumi? Apakah tidak hanya Allah ada tuhan (yang lain)? Teramat sedikitlah anda mengingati (Nya). "

Seketika itu pula, "papar si lelaki," dari mulut lembah muncul satu orang penunggang kuda mengambil tombak. Ia melemparkan tombak serasi di dada laki laki jahat itu sampai serentak tersungkur tidak dengan bernyawa. "
Siapakah engkau? "Bertanya laki laki pemilik keldai penuh sebak, sekali gus harus terima kasih.

Akulah Hamba-Nya Beliau yg memperkenankan doa orang yg dalam kesusahan bila ia berdoa Kepada-Nya, & yg menghilangkan kesulitan. "Kisah mengagumkan ini serta dituturkan oleh Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Al-Qur'an Al-Azhim.

Wallahu a'lam.
Sumber: kisahikmah
gambar sekadar hiasan

Tuesday, November 7, 2017

Seorang Lelaki Memakai Cincin Yang Berisi JIN Ketika Solat Jumaat.


Pada kali ini kami ingin kongsikan Video yang sedang Trending dan Tular sekarang. Untuk mengetahui info selanjutnya, sila tonton video ini sampai penghujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Terima kasih kerana sudi menonton saluran video-video viral dari kami.
Video Isu semasa, informasi, hiburan, video tular, sukan, berita terkini dan banyak lagi. Kami bawakan pada anda semua video - video yang sangat menarik untuk ditonton kerana video ini telah tular di laman-laman sosial.

Sila Like & Share..

Selamat Menonton..

Sila tonton video di bawah.

Friday, November 3, 2017

[18SG Video] Warga Emas Maut Di Gilis Lori

(Gambar Hiasan)

Warga Emas Maut!


Bagi mereka yang memasang impian hendak memetik buah di Australia, anda perlu tahu tentang perkembangan kisah ini.

Wartawan Malaysia Bakal Dedahkan Sindiket Perhambaan Moden Pemetik Buah di Australia



Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.
Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.
Namun apabila tiba di sana, mereka  menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.
Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.
"Kisah mereka semua sama," kata Saiful. "Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited."
Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.
Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.
"Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup," ujar Saiful.
Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.
Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.
Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.
"Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah," kata Tania.
Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.
Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.
kredit : Adi Namri Sidek

Wednesday, November 1, 2017

WHATSAPP PERKENAL CIRI BARU UNTUK TAHU LOKASI RAKAN ANDA. INI CARANYA..



Tiada Lagi Istilah ‘OTW’. WhatsApp baru saja memperkenalkan ciri terbarunya dengan live location. Ciri ini membuat penggunanya dapat memberitahu orang lain keadaan tempat dan lokasi sesungguhnya secara real time.

WhatsApp mengumumkan ciri live location di laman web rasmi mereka. Bagi mereka yang ingin menggunakan ciri live location, pengguna harus melakukan update aplikasi WhatsApp di gadgetnya terlebih dahulu.
Seterusnya, pengguna perlu membuka location option di bahagian attachment. Di situlah pengguna akan kelihatan ciri baru bernama share live location.
Ketika memilih option share live location, pengguna akan diminta menentukan berapa lama ciri live location dapat diakses oleh kawan atan individu lain, pilihannya adalah 15 minit, satu jam, dan lapan jam.

Setelah waktu tersebut ditetapkan, posisi pengguna akan muncul di map secara real time. Pergerakan pengguna pun akan dapat dilihat oleh individu lain yang sedang chat.

Ianya tidak hanya dapat digunakan di chat individu, pengguna juga dapat membagikan live location di grup. Anggota grup pun dapat memantau pergerakan beberapa anggota lainnya sekaligus dalam satu peta. Dengan begitu, anggota grup dapat saling memantau ke mana pengguna lainnya bergerak.

Ataupun pengguna boleh mengikut cara mudah di bawah ini untuk menggunakan ciri terbaru itu.
Buka mesej dengan orang atau orang yang anda mahu berkongsi lokasi anda dengan
Tekan butang tambah di sudut kanan bawah dan pilih lokasi
Akan ada pilihan baru di sini untuk “Share Live Location”
Pilih berapa lama anda ingin berkongsi lokasi
Tekan ‘Send’
Real Live Location akan muncul di skrin penerima sebagai peta
Lebih daripada seorang dalam kumpulan boleh berkongsi lokasi mereka dan semua akan muncul sebagai ikon pada peta
Sekarang, dengan adanya ciri terbaru whatsapp ini tiada lagi alasan ‘tengah otw’ padahal masih lagi baring-baring di katil.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sharing is caring!
Sumber: brilio.net

5 CARA HILANGKAN BAU ROKOK DALAM KERETA


JIKA anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.

Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?

Berikut kami kongsikan 5 benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:

1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta

sumber : Iluminasi.com

Masalah Ketagihan Pornografi? Ini Cara Berkesan Merawatnya

Salah satu isu utama yang memberi kesan kepada remaja dan ramai orang dewasa hari ini adalah ketagihan terhadap pornografi. Amalan yang telah menjadi wabak ini menjadi dosa tersembunyi yang tidak memerlukan banyak ‘modal’ untuk terjebak berikutan kemajuan peranti mudah alih yang mampu melayari kandungan sedemikian.
Kami telah mengumpulkan beberapa tips untuk membantu mereka yang berjuang dengan masalah ini yang dengan izin Allah jika mengikut langkah ini akhirnya kamu boleh mengucapkan selamat tinggal kepadanya, untuk kebaikan.
1. Tundukkan pandangan
Cegah adalah lebih baik daripada merawat. Tundukkan pandangan anda dari jantina berlawanan, terutamanya jika mereka tidak menutup aurat. Ini termasuklah rancangan TV, filem hiburan melampau dan sebarang foto yang boleh membangkitkan nafsu.
Allah menyatakan dalam Al-Quran:
“Katakanlah kepada orang Mukminin: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti) akan apa yang mereka perbuat.” . ”
Al-Quran 24:30
2. Elakkan bersendirian
Sentiasa cuba menjaga diri kamu dengan sibukkan diri dalam aktiviti masyarakat. Menghadirkan diri ke masjid, perhimpunan sosial dan lawatan keluarga untuk mengelakkan diri sendiri daripada pemikiran kotor. Ambil hobi baru untuk memastikan kamu sentiasa sibuk jika ia membantu.
3. Hadkan Akses ke Internet
Pastikan komputer isi rumah berada di ruang terbuka dan keluarkan semua peranti mudah alih dari bilik tidur anda pada waktu malam. Hanya gunakan Internet jika perlu dan elakkan melayari tanpa tujuan secara dalam talian.
4. Puasa lebih kerap
Rasulullah ﷺ mengajar kita bahawa puasa adalah “perisai”, terutama bagi orang yang tidak mampu berkahwin. Ia bukan sahaja akan menghalang keinginan seks seseorang tetapi juga mendapat banyak ganjaran yang baik.
5. Berkahwin muda
Nabi ﷺ menasihatkan pemuda bahawa sesiapa yang mampu menikah harus melakukannya. Perkahwinan memberikan perlindungan utama dari keinginan jahat dan Sunnah yang mulia untuk melindungi kesucian seseorang.
Nabi Muhammad ﷺ mengatakan menurut riwayat yang sahih:
“Wahai anak-anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah dia berbuat demikian, dan sesiapa yang tidak mampu, maka berpuasalah, kerana itu akan menjadi perisai baginya”.
(Bukhari dan Muslim)
6. Berdoa meminta bantuan Allah
Jika kamu benar-benar ikhlas dalam niat anda untuk bebas daripada kebiasaan buruk ini, dapatkan pertolongan Allah dan Dia akan membantu kamu keluar daripada masalah ini.
“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)..”
Quran 65: 3
Sumber: laicikang.com

[18SG Video] Akibat Terlalu Lama Duduk Dalam Keretapi


Akibat Terlalu Lama Duduk Dalam Keretapi.