Tuesday, January 30, 2018

15 Gambar Yang Membuatkan Kita Mahu Lihat Berkali-kali Untuk Kepastian


Kadang-kadang kita mahu mengambil gambar dengan cara tertentu dan berakhir dengan sesuatu yang sama sekali berbeza. Inilah yang berlaku dengan 15 gambar malang yang akan anda lihat.


1. Separuh manusia dan separuh Ilama.

2. Ianya bukan seperti yang anda sangka.



3. Itu adalah kaki mak dia.



4. Pengapit pengantin ini kelihatan seakan seperti orang kerdil. Sedangkan mereka tidak.

5. Lelaki itu tidak duduk di pinggang wanita itu.

6. Lelaki itu bukan sedang pakai baju pengantin.

7. Ke mana perginya kepala lelaki itu?



8. Jarinya seakan sedang menyucuk lubang hidung lelaki tersebut.



9. Ianya bukan seperti apa yang anda bayangkan.

10. Permainan ice skating memerlukan skil dan latihan yang lancar.

11. Dari mana air itu datang?

12. Perempuan ini tidak mempunyai 3 kaki.

13. Jangan fikir bukan-bukan. Itu adalah tangan.

14. Adakah itu kaki perempuan itu?

15. Ini bukan manusia yang berkepala kecil. Lelaki tersebut sedang tidur. Manakala kepala itu adalah lelaki yang berada di baris hadapannya.

Apa pendapat anda dengan gambar-gambar ini? Sila kongsikan pandangan anda di dalam ruangan komen!
Sharing is caring!

Jurujual Hampir Terpedaya Dengan Sindiket Macau Scam

HASLIZA menunjukkan surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset yang nyaris ditipu sindiket Macau Scam dan menyelamatkan wang dalam akaunnya daripada lesap sekelip mata ketika ditemui di bandar Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Jurujual di sebuah pasar raya nyaris kehilangan wang simpanan berjumlah RM30,000, selepas menerima panggilan telefon daripada sindiket Macau Scam.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hasliza, 45, berkata menerusi panggilan itu, dia dituduh terbabit dalam jenayah dadah jenis syabu sebanyak 16 kilogram (kg) dan mempunyai tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM16,000.
Katanya, panggilan itu diterima jam 3 petang semalam ketika berada di tempat kerjanya di Jerteh, Terengganu dari seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kastam.
"Pemanggil mengatakan saya ada tunggakan GST atas pembelian 103 unit telefon bimbit jenama Samsung di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 2007.
"Saya tidak mengaku namun, pemanggil membacakan butir mengenai saya dan semuanya tepat membuatkan saya berasa takut sebelum dia terus membuat provokasi.
"Pemanggil berkenaan kemudian menyambungkan panggilan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan dari situ pula seorang 'inspektor' memberitahu bahawa ada seorang bekas kakitangan sebuah bank, menggunakan akaun bank saya untuk pembelian dadah jenis syabu seberat 16kg," katanya ketika ditemui di sini.
Hasliza yang berasa takut memberitahu pemanggil untuk merujuk kepada anaknya yang juga seorang anggota polis namun, dihalang pemanggil dengan alasan khuatir akan menjejaskan imej anak mangsa.
Dalam perbualan selama setengah jam itu juga, mangsa ditanya mengenai jumlah akaun bank yang dimiliki, kononnya untuk tujuan pembekuan dan Hasliza memberitahu hanya memiliki akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) saja.
"Sebaik ditanya mengenai akaun bank, hati saya mula terdetik sesuatu dan terus teringatkan kejadian yang menimpa Datuk Seri Vida yang nyaris ditipu Macau Scam baru-baru ini.
"Saya segera memutuskan panggilan telefon dan tidak lama kemudian menerima surat mahkamah melalui aplikasi WhatsApp berhubung perintah penangkapan dan pembekuan aset," katanya yang terus menghubungi rakan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu malam tadi.
Beliau berkata, dia yakin ramai lagi yang menjadi mangsa, selain menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan itu.
Oleh Siti Rohana Idris / BH Online

Obike Bekerja Sama Dengan Polis Bendung Vandalisme


KUALA LUMPUR — Dicampak ke dalam longkang, digantung di atas pokok, tiada pedal, brek atau tayar dan ditinggalkan di laluan pejalan kaki.
Ini adalah antara nasib yang diterima basikal oBike, perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen yang pertama di Malaysia.
Dengan meningkatnya kes vandalisme melibatkan basikal oBikes, Pengurus Pemasarannya Elaine Chan berkata syarikat itu telah mengambil beberapa langkah termasuk bekerja sama rapat dengan pihak polis untuk mengatasi ancaman daripada mereka yang tidak tahu menghargai perkhidmatan ini.
“Kami sering mendapatkan nasihat polis untuk mengatasi isu ini. Bukan hanya polis, malah pihak berkuasa tempatan, hotel dan agensi pengangkutan juga membantu kami dengan menyalurkan maklumat mengenai vandalisme yang boleh digunakan sebagai bukti untuk membuat laporan polis, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Chan berkata oBike juga telah meningkatkan ciri keselamatan pada basikalnya seperti memasang tempat duduk yang tidak boleh ditanggalkan, menaik taraf kunci pintar dan aplikasi yang mana penunggang akan dimaklumkan sebaik sahaja menunggang di luar zon yang ditetapkan.
Beliau memberi amaran mereka yang ditangkap kerana merosakkan basikal oBike boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Chan berkata kebanyakan kes vandalisme ke atas basikal syarikat itu dilakukan oleh bukan pelanggan yang merosakkannya, malah ada yang mencuri dan membawa pulang basikal itu ke rumah.
Ada juga dalam kalangan pelanggan yang meletakkan basikal di tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan persendirian dan mereka yang melakukannya boleh dianggap sebagai mencuri dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Setiap penunggang oBike boleh mendapatkan 100 mata kredit apabila mendaftar dan jika meletakkan basikal dengan betul, mereka akan dikenakan sewa 50 sen sejam.
Ada antara pengguna yang meletakkan basikal bukan di kawasan parkir yang ditetapkan, dan dengan berbuat demikian 20 mata kredit oBike mereka akan dipotong dan caj yang tinggi akan dikenakan, katanya dan menasihatkan pengguna supaya lebih bertanggungjawab semasa menunggang basikal oBike.
Ditanya mengenai nilai kerugian yang ditanggung oBike angkara vandalisme, Chan berkata ia masih boleh “diuruskan” dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Vandalisme bukannya eksklusif kepada mana-mana golongan masyarakat kerana ia adalah sebahagian daripada tingkah laku manusia apa yang penting ialah bekerjasama untuk mengurangkan kadar vandalisme.
Tambahan pula, oBike dilancarkan dengan matlamat untuk menjadikan perkongsian basikal sebagai pengangkutan awam untuk dinikmati rakyat Malaysia dan sekiranya vandalisme masih berterusan dan semakin meningkat, ia akan memberi kesan kepada sistem dan pengguna yang mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini mungkln tidak dapat menikmatinya, kata beliau.
— BERNAMA

PADA YANG SUKA MENGHISAP PAYUDARA ISTERI, INI HUKUMNYA DALAM ISLAM!


Apakah hukum seorang suami yang gemar menghisap buah dada isteri sambil terminum air susunya sewaktu melakukan hubungan Bersama.?
Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Jawapan :
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi hal yang terpenting untuk melakukan persetubuhan.
Islam menghalalkannya jika sudah menikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan/pernikahan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini.
Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini karena jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
by: hambafakir

Makam Abu Bakar Dan Umar Di Sisi Makan Nabi SAW Buat Syiah Terkejut


Seorang penganut syiah tiba di Masjid Nabawi. Ia sengaja datang ke sana untuk menziarahi makam Nabi. Ia sampaikan salam untuk Rasulullah dan berdoa.
Namun, ada yang mengganjal hatinya. Ada dua makam di samping makam Rasulullah. Dan orang-orang juga mendoakan mereka.
“Makam siapa ini?” tanyanya kepada orang-orang di dekatnya.
“Engkau tidak tahu? Bagaimana seorang muslim tidak tahu. Ini adalah makam Abu Bakar Ash Shidiq dan yang ini adalah makam Umar bin Khattab,” jawaban itu seperti petir di siang hari.
Tidak salah dengarkah ia? Rupanya seluruh orang yang ia tanya memberikan jawaban sama. Dua makam di samping makam Rasulullah itu adalah makam Abu Bakar dan Umar.
Kepalanya seraya berputar-putar. Pening memikirkan fakta besar yang diterimanya tersebut. Selama ini ia didoktrin bahwa Abu Bakar dan Umar adalah pengkhianat Nabi.
Mereka merebut kekuasaan dari Ali. Bahkan, mereka adalah musuh Nabi dan dilaknati. Tapi mengapa makamnya berdekatan dengan makam Nabi, bahkan di sampingnya?
Informasi demi informasi yang dihimpunnya, ketenangan spiritual setelah sempat dilanda kebingungan, akhirnya membawanya pada satu kesimpulan. Rupanya selama ini ia dibohongi oleh para ulama syiah. Ia ditipu oleh para pembesar syiah.
Abu Bakar dan Umar bukanlah musuh bagi Rasulullah, melainkan mereka berdua adalah sahabat Rasulullah yang utama. Abu Bakar dan Umar bukanlah orang yang dilaknati Rasulullah, melainkan orang yang diberkati Rasulullah.
Mungkin kita sebagai umat Islam heran, bagaimana mungkin ada orang yang tidak mengetahui bahwa makam Abu Bakar dan Umar di samping makam Rasulullah. Namun demikianlah (sebagian) orang syiah tidak mengetahui fakta ini.
Ada yang tidak mengetahuinya karena memang miskin ilmu dan ia tidak mendapatkan akses informasi lain kecuali doktrin syiah. Sedangkan orang-orang pandai di kalangan mereka, sebagian sengaja menutupi, sebagian yang lain berusaha mengaburkan fakta itu.
Di Indonesia, ada sebuah blog pengikut syiah berjudul Gerakan Cinta Rasul & Ahlulbait Nusantara. Sejak tahun 2007, ia mempersoalkan apakah benar kedua makam di samping Rasulullah adalah makam Abu Bakar dan Umar.
Dan tulisan itu hingga sekarang tak kunjung selesai, ingin mempropagandakan bahwa makam Abu Bakar dan Umar tidak di samping makam Nabi tapi tak punya bukti.
Sumber: [bdn]

9 Model Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia


Antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta ialah penjimatan minyak, lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak tak menentu serta bebanan sara hidup zaman kini. Oleh itu, kami senaraikan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak sebagai rujukan buat anda yang ingin membeli kereta baru. Namun, senarai ini hanya bagi model kereta yang menggunakan bahan api petrol sahaja, tidak termasuk teknologi hibrid.

9. Proton Iriz


14.5 km/liter (100 km = RM14.90)
Proton Iriz merupakan hatch segmen B yang ditawarkan dalam 8 variasi serta 4 tahap trim dengan dua enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Tahap kemasukan yang disedut secara semulajadi pada enjin 4 silinder 1.3 liter model ini mengeluarkan tork sederhana 94hp and 120Nm. Anjakan yang lebih tinggi pada enjin 1.6 liter menghasilkan 107hp pada 5,750rpm dan 150Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin tersebut terdapat dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan atau transmisi yang berubah secara berterusan.

8. Volkswagen Polo Sedan


15.4 km/liter (100 km = RM14.02)
Volkswagen Polo Sedan menggunakan enjin MPI 16 injap 1.6L 105PS suntikan petrol. Enjin petrol 4-silinder memberikan tork 105PS and 153Nm, beserta transmisi automatik 6 kelajuan dengan Tiptronic.

7. Peugeot 208


16 km/liter (100 km = RM13.50)
Dari segi prestasi, Peugeot 208 PureTech mempunyai enjin PureTech 1,199cc, 3 silinder turbocharged 1.2 L disambungkan dengan Aisin transmisi automatik 6 kelajuan dengan teknologi quickshift. Kuasa maksimum model ini ialah 110 hp @ 5,500 rpm, manakala tork maksimum pula ialah 205 Nm @ 1,500 rpm. Keluaran kuasa untuk enjin PureTech ini adalah pada kadar 110 hp dan 205 Nm dengan tork maksimum dari serendah 1,500 rpm.
Peugeot mendakwa dengan teknologi “auto start/stop” PureTech, penggunaan minyak model ini ialah 4.5 liter per 100 km. Secara teorinya, ia mampu bergerak sejauh 1,190 km sebelum perlu mengisi minyak.

6. Myvi 1.3


17 km/liter (100 km = RM12.70)
Myvi 1.3 menggunakan enjin berteknologi DOHC 16 injap, serta secara semula jadi disedut dengan pemasaan injap yang berubah-ubah. Ia berkapasiti 1,298 cc dengan kuasa kuda 90 hp pada 6,000 rpm, manakala tork 117 Nm pada 4,400 rpm. Penjimatan minyak model ini pula ialah 6.0 liter per 100 km.

5. Honda City 2016


17 km/liter (100 km = RM12.70)
Model ini menggunakan enjin 16 injap SOHC, sedutan semulajadi dengan pemasaan injap yang berubah-ubah serta berkapasiti 1,497 cc. Kuasa kudanya ialah 118 hp pada 6,600 rpm, serta tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Dari segi prestasi dan kecekapan pula, Honda City 2016 boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat. Kelajuan maksimumnya pula ialah 190 km/j.

4. Hyundai i10


18.9 km/liter (100 km = RM11.43)
Model Hyundai i10 didatangi dengan enjin 1.25 Kappa yang diproses semula bersama CVVT. Kuasanya juga ditingkatkan antara 9 ke 86 hp, dengan tork 119.7 Nm. Ia mampu memecut sehingga 100 km/j. Pada masa akan datang, ia dikatakan boleh mencapai kelajuan maksimum yang terhad secara elektronik iaitu 160 km/j. Tetapi, enjin model ini lebih ekonomi dan cekap berbanding model terdahulu iaitu Hyundai Atos. Penggunaan minyaknya ialah 5.3 liter per 100km dan menyimpan petrol dalam tangki 35 liter.

3. Mitsubishi Attrage


21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Attrage dikuasai oleh enjin 1.2 liter 3 silinder 3A92 seperti model Mirage. Namun, enjin MIVEC menjadikan 80 PS and tork 106 Nm serta perubahan dari segi keberkesanan minyak. Penggunaan minyak model ini ialah 21 km/l. Terdapat dua pilihan iaitu  manual 5 kelajuan dan transmisi INVECS-III yang berubah-ubah secara berterusan.

2. Mitsubishi Mirage


21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Mirage adalah kereta jenis hatchback dikuasai oleh enjin 1.2L 3 silinder 3A92 yang baru dengan MIVEC. Unit 3 pot DOHC menjadikan 78 PS (6,000 rpm) dan tork 100 Nm (4,000 rpm). Ternyata, keringanan model ini memberikan kelebihan penggunaan minyak iaitu 21 km/l, diukur dalam New European Driving Cycle (NEDC). Ianya hampir sama dengan kemampuan sebuah kereta kompak hibrid.

1. Perodua Axia


21.6 km/liter (100 km = RM10.00)
Menduduki carta teratas ialah Perodua Axia, kereta kompak 5 pintu yang dihasilkan sebagai pengganti kepada model Viva. Merupakan model Perodua yang ke-10 dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama tempatan, ia menawarkan enjin petrol iaitu 998cc 12 injap DOHC 1KR-DE2 l3 yang diperoleh daripada Toyota dan Daihatsu dan direka semula oleh Perodua. Enjin 1.0 liter baru menawarkan 66 hp (49 kW) pada 6,000 rpm, dan tork 90 Nm (66 lb ft) pada 3,600 rpm.
Axia mempunyai enjin 1.0 liter tunggal, serta boleh didapati dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 4 kelajuan. Axia didakwa mampu mencapai sehingga 21.6 km/l untuk manual dan 20.1 km/l untuk automatik semasa dalam ‘ECO Mode’.

Rujukan & sumber imej: EncikshinoWikipediaPaultanCarBaseAutoBuzzCarlistMotor Trader 
Sumber: Iluminasi

Thursday, January 25, 2018

WANITA INI BERJAYA PERDAYA ORANG RAMAI HANYA DENGAN ‘BODY PAINTING’ TANPA SEURAT BENANG


Siapa yang dapat menyangkakan dengan hanya berbekalkan cat di badan, seorang wanita berjaya memperdayakan orang ramai dengan berjalan di sebuah pusat beli belah tanpa memakai sebarang pakaian.
Eksperimen ini merupakan idea seorang wanita yang dikenali sebagai Jen yang ingin menguji sama ada orang ramai akan sedar atau tidak bahawa sekiranya cat digunakan bagi menggantikan pakaian semasa berjalan-jalan di dalam pusat beli belah itu.
Bagi menjayakan eksperimen itu, Jen bersama anak perempuannya menggunakan tekniknya secara terperinci dengan menyapukan cat pada tubuh model yang bernama Maria Luciotti yang hanya memakai seluar dalamnya bagi mengaburi mata orang ramai.
Setelah selesai, Maria kelihatan seperti memakai sehelai baju ketat berwarna hitam dan sehelai seluar ripped jeans.

Maria dan Jen kemudiannya menguji hasil seninya dengan berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah seperti seorang pelanggan biasa. Mungkin kerana jeansnya itu mengikut trend terkini, jadi ramai yang tidak menyedari tentang yang Maria sebenarnya tidak memakai sebarang pakaian.
Maria turut memakai sehelai selendang dan topi untuk kelihatan seperti dia memakai pakaian yang penuh
Ternyata masih terdapat beberapa orang yang menyedarinya tetapi mengambil langkah dengan mengendahkan perkara itu. Namun apabila dia pergi ke sebuah kedai pakaian untuk mengukur saiz branya, reaksi pekerja di situ amat mengejutkan. Mereka tidak menyedarinya sehingga menyentuh kulit Maria.
Video :

Sumber : SensasiViral

Wednesday, January 24, 2018

10 Antara Design Iklan Yang Boleh Dikatakan Gagal


Bagi mereka yang bekerja di dalam bidang untuk menghasilkan produk bagi kegunaan ramai, salah satu benda yang penting bagi memikat hati bakal pengguna mahupun pembeli adalah design bagi mengiklankan produk itu sendiri. Design iklan yang terpapar pada kotak-kotak produk adalah merupakan aspek penting kerana ia adalah merupakan impresi pertama bagi pengguna sebelum membuat pembelian.
Namun begitu, terdapat setengah pihak yang tidak perasan akan kesilapan yang berlaku ketika membuat design itu sendiri. Terdapat beberapa design yang gagal ini yang dapat mencuit hati, namun ada juga yang dapat menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan kecelakaan. Di bawah ini admin nak kongsi beberapa design pengiklanan yang boleh dikategorikan sebagai “gagal” dengan pembaca semua. Enjoy…
1. Sia-sia je orang bagi batang kayu nak pegang tu….

2. Tilam tu buat apa beli kalau nak baring atas rumput


3. Ni ikhlas ke tak ikhlas nak bukak 24 jam ni…

4. Malas nak komen. Racist ke apa iklan ni..

5. Masa kat sekolah dulu, dalam seminggu ada berapa hari dia belajar korang rasa…

6. Korang rasa naik naik ke Turkish Airlines ni?? Nampak cam nak terhempas je…

7. Jangan salahkan orang lain ya kalau bau busuk masa bukak kotak tu…

8. Gelabah sekor-sekor nak carik jalan keluar masa kecemasan nanti…

9. Mesti ada yang tersalah masuk…

10. Nak cakap tak kreatif, nanti marah pulak…


RM 2500 Untuk 10 hari Di Busan & Seoul, Korea.



Saya nak share gambar, experience, and budget kami selama 10 hari di Busan & Seoul bersama 9 orang geng travel saya.
Kami pergi seramai 10 orang. Yes bukan senang nak travel ramai2. Banyak dugaan and cabaran kan. This is my second time goes to korea. Cuma this year rezeki dapat rasa 2 season Autumn + Winter. Cuaca pernah cecah -7 ðŸ˜·

Budget kami kesana total all in below than RM3k. Kami pergi redah sendiri no agent. Saya bahagi kan part kerja masing2 macam saya buat itinerary & urus flight, yang lain saya bagi untuk urus hotel, foods, portable wifi, transport and sebagainya. So semua kerjasama buat kerja hehe ðŸ˜‰


Banyak kenangan manis + pahit masa kami kesana ðŸ˜‚ contohnya kami hampir tertinggal ktx!!! Imagine eh 1 more minute ktx nak jalan. Kitorang berlari macam zombie ðŸ§Ÿ‍♀️ saya masuk je, pintu ktx pon tutup fuhhh nasibb ðŸ˜… masa balik dari petite France naik bas, mostly kitorang muntah dalam bas sebab jalan dia masyaallah ðŸ˜­      nasib dalam bas dibekalkan plastik.



Then one our friend tertinggal camera dekat oryukdo skywalk, dia lupa nak amek lepas simpan dkt situ and all of us terpaksa patah balik tempat tu ðŸ˜ª Alhamdulillah, camera ada and dalam keadaan selamat and paling tak boleh blah salah masuk train gara2 gossip fattah amin.


So here senarai tempat yang kami pergi:

🌅 Busan (3 Days)
- Gwangalli Beach
- Oryukdo Skywalk
- Jagalchi Market
- Biff Square
- Gamcheon Culture Village
- Seomyeon Underground Shopping Centre
- Haeundae Beach
🌆 Seoul
- Myeongdong
- Gwanghwamun Square
- Gyeongbokgung Palace
- Samcheong-dong Street
- Cheongyecheon Stream
- Nami Island
- Gwajang Market
- Itaewon
- Seoul Central Mosque
- Hangang Park
- Lotte Mart
- Everland
- Gangnam
- YG Entertaiment
- JYP Entertaiment
-Coex SMTown
- Haneul Park
- Seoul World Cup Stadium
- Dongdaemun Design Plaza (DDP)
- Dotta Mall
- Namsan Tower
- Halal Dosirak
- Eid Restaurant
- Stylenanda Pink Hotel
💸 All accommodation, return transport, total transport, shopping, makan + minum, entrance fee RM1,800 + Ticket RM700 = RM2500 (All in)



Kredit: Liyana Yusof