Thursday, December 21, 2017

IKUTI PERJALANAN HIDUP MUSTAFA KEMAL ATARTUK SEHINGGA AJAL DAN APAKAH YANG MEMBUATKAN MAYATNYA DI TOLAK BUMI


Remaja masa kini mungkin tidak mengenali nama Mustafa Kemal Ataturk. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia pemerintahan Islam, pasti nama ini pernah satu ketika dulu menjadi bualan hangat dan berlegar di minda.
Dia merupakan presiden Turki yang pertama. Dalam sejarah dunia, dia dianggap sebagai bapa pemodenan Turki moden yang mana namanya sangat dibanggakan dan diberikan gelaran “Ataturk” yang bermaksud bapa orang Turki. Dia merupakan pembawa sekularisma di Turki. 
Namun, jika dilihat sejarah dari sudut pandangan lain, Ataturk adalah seorang yahudi yang menyamar menjadi seorang Islam untuk menghancurkan Islam itu sendiri dari dalam. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.
Dia sengaja menjauhkan nilai-nilai agama dari kehidupan rakyat Turki yang selama ratusan tahun dinaungi cahaya Islam. Seorang pengkhianat agama yang tidak dapat kita bayangkan kejahatannya.
Latar belakang
Mustafa Kemal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi yang bermaksud orang yang memerangi ini lahir pada tahun 1881 di Kota Salonika yang ketika itu merupakan taklukan Khalifah Uthmaniyyah.
Ayahnya, Ali Riza, adalah seorang pengawal di jabatan kastam manakala ibunya bernama Zubayde seorang wanita yang amat taat dalam menjalankan agama.
Menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul “al-Zi’bu al-Aghbar” atau “al-Hayah al- Khasah li taghiyyah” telah menulis: 
” Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika. 
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): 
“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”
Awal hidup Ataturk
Ali Mufrodi, seorang pengkaji Islam dari University of Leiden Belanda dalam bukunya yang berjudul “Ensiklopedi Tematis Dunia Islam” menjelaskan, Mustafa Kemal Ataturk dimasukan oleh ibu bapanya ke madrasah, tetapi dia tidak menyukainya dan selalu melawan guru.
Ketika Mustafa berumur 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika dan meneruskan pelajarannya di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Dia kemudiannya menyambung ke akademi tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraanya pada 1325H (1907M) dan seterusnya ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. 
Inilah titik permulaanya dalam memerangi pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan sebagai seorang penentang agama Islam. Sebagai seorang graduan dari akademi tentera, dia telah mengingatkan dan mempengaruhi rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan dunia pemikiran Islam.
Kebangkitan Mustafa Kemal Ataturk
Permulaannya, dia telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).
Gerakan pertamanya memerangi Islam adalah dengan menubuhkan Organisasi Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan menghapuskan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan cara pemerintahan autoritarian. Namun usahanya gagal.
Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, nama Mustafa Kemal Ataturk meningkat naik apabila dia telah dipilih menjadi panglima tentere ke-19 i Sinaq Qal’ah. Tenteranya telah berjaya mengalahkan tentera Inggeris sebanyak dua kali di Semenanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil walaupun pada hakikatnya kekuatan tentera Inggeris mampu mengalahkan tentera Ataturk. 
Disebabkan kejayaan Ataturk membawa kemenangan kepada Turki, dia telah dilantik menjadi kapten dan seterusnya menjadi jeneral pada tahun 1335H (1916M).
Namun, jika dilihat dengan mata hati, kejayaan yang diraih oleh laknatullah ini sebenarnya adalah rancangan jahat pihak Inggeris yang sengaja mahu mengangkat nama Ataturk sehingga reputasinya dipandang tinggi oleh kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam satu lagi gerakannya, dia telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin pada tahun 1918. Dia telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris iaitu musuh Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut lalu membenarkan Inggeris untuk maju ke sebelah utara tanpa sebarang tentangan.
Dengan muslihatnya yang licik, dia telah mengadu jatuh sakit dan terlantar di Kem Nablus namun tindakkanya itu telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan pelbagai spekulasi timbul.
Dia kemudiannya membawa tenteranya ke Damsyik dan disitu dia telah memerintahkan supaya tentangan terhadap Inggeris dihentikan. Dengan ini, ia menjadi peluang keemasan kepada pihak Inggeris untuk maju ke wilayah Uthmaniyyah.
Campur tangan pihak Inggeris
Pihak Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang mana ia berkuasa untuk menentukan kekuasan khalifah, selepas kekalah Turki dan pengisytiharaan gencatan senjata. Tidak cukup dengan itu, Inggeris mencetuskan huru-hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah dari 1918 hingga 1919.
Mereka kemudiannya mencadangkan agar Mustafa Kemal memikul tugas sebagai pemerintah supaya Mustafa dapat menjadi orang yang mampu memenuhi kehendak rakyat dan juga satu-satunya pegawai tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Oleh itu, kehebatan Mustafa Kemal kian terserlah di mata masyarakat manakala institusi khalifah pula semakin merosot. Pada masa yang sama dia telah berjaya menjayakan rancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Revolusi yang dicetuskan oleh Ataturk disokong penuh oleh Inggeris dan berjaya pada peringkat awal setelah gerakannya disertai oleh pemimpin-pemimpin muda dan ahli fikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali.
Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Tentera Greek mencetuskan api peperangan sekali lagi pada 23 Mac 1921 dan pada bulan September 1921 pertempuran antara mereka terhenti apabila Greek menarik balik tenteranya dari Izmir. Selepas dua hari, tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.  
Propaganda Barat
Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji Ataturk melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid. 
“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab”
Jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah
Namun, cita-cita dan impian mereka berkubur apabila Ataturk membubarkan Kerajaan Khalifah pada 3 Mach 1924. Kerabat diraja dan Khalifah dihalau keluar dari Turki. Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah dimansuhkan serta sekolah-sekolah agama ditukarkan menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut. 
Dengan jatuhnya Kerajaan Khalifah, Mustafa Kemal dengan bantuan pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi dan memperbodohkan seluruh rakyat dan inilah masanya yang paling sempurna bagi mereka untuk menghancurkan Islam.
Kejahatan Ataturk laknatullah
Ketika menjadi presiden, Mustafa Kemal Ataturk telah memperkenalkan undang-undang baru yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turki. Antaranya:
Membenarkan wanita memakai tudung dengan syarat berskirt.
Membenarkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi iaitu sesuai dengan kehendak barat.
Menyuruh lelaki dan wanita menari bersama-sama di khalayak ramai
Menegaskan bahawa negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden
Menggalakkan arak diminum secara terbuka
Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Menukarkan azan ke dalam bahasa Turki
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki namun digunakan untuk mengukir patung-patungnya di seluru bandar Turki
Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi
Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Melarang orang Islam mengerjakan ibadah haji
Menggubal undang-undang perkahwinan mengikut undang-undang barat
Melarang poligami dan membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam.
Membatalkan cuti hari Jumaat
Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium dan sesetengah masjid dijadikan gereja
Menutup masjid serta melarang umat Islam dari solat berjemaah
Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara Islam.
Menghapuskan pengunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
Menganggap dirinya sebagai tuhan, sama seperti firaun. Pernah seorang askar ditanya oleh Ataturk siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal. Oleh kerana takut askar tersebut menjawab “Kemal Ataturk adalah tuhan”
Kematian yang menyeksakan
Walau sehebat mana sekalipun manusia di muka bumi, kita tetap tertakluk kepada kuasa Allah yang Maha Besar. Sama seperti kisah Namrud dan Firaun, kematian Mustafa Kemal Ataturk sangat menyeksakan.
Diceritakan bahawa ketika di hujung-hujung nyawa pemimpin laknatullah ini, dia telah menderita penyakit dan hukuman yang perit. Dia menghidap penyakit kulit yang sangat teruk hingga ke kaki yang menyebabkan badannya merasa sangat gatal seluruh badan. Dia juga mengalami sakit jantung dan penyakit darah tinggi. Menurut Syeikh Dr. Abdullah ‘Azzam dalam bukunya “Al Manaratul Mafqudah”, Mustafa Kemal diserang penyakit dalaman iaitu sirrosis hepatitis disebabkan oleh alkohol. Cecair berkumpul di dalam perutnya dengan teruk, ingatannya menjadi lemah dan darah mengalir keluar dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin akibat maksiat.
Untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul itu, doktor menggunakan jarum lalu disedut cecair tersebut dari dalam perutnya. Perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Mukanya mengecil dan darahnya berkurang sehingga pucat seputih tulang. Giginya banyak yang tertanggal sehingga mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya. Badannya menderita demam yang sangat kuat sehingga tidak boleh tidur dan badannya mengeluarkan bau busuk seperti bangkai. Masih angkuh walaupun diseksa, Ataturk ketika itu mewasiatkan agar jenazahnya tidak disolat jika dia meninggal dunia.
Badannya mengalami panas yang amat sangat sepanjang masa sehinggakan dia mengarahkan pihak bomba untuk menyiram ke atas rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimutnya bagi menyejukkan badannya. Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, tidak sedikit pun dia merasakan kesejukan daripada ais-ais tersebut. Oleh kerana kepanasan yang tidak tertanggung, dia menjerit dengan kuat sehinggakan seluruh istana mendengar jeritannya.
Tidak tahan dengan jeritan Ataturk, mereka yang bertanggungjawab memasukkanya ke dalam bot dan menghantarnya ke tengah lautan agar dia merasa sejuk. Namun, itu tidak berlaku. 26 September 1938, Ataturk telah pengsan selama 48 jam akibat terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia mengalami hilang ingatan. Ataturk pengsan sekali lagi selama 36 jam, dan kali ini, ia berakhir dengan kematian.
Ketika dia mati, tiada seorang manusia pun memandikan, mengkafankan dan mensolatkan mayatnya. Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam sehinggakan adik perempuannya meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan mensolatkannya seperti muslim.
Mayat tidak diterima bumi
Seksaannya di muka bumi masih belum tamat apabila Allah mengazabkannya sekali lagi ketika proses pengebumiannya. Ketika mayatnya hendak di tanam, dengan kebesaran kuasa Allah, mayatnya tidak diterima oleh bumi. Pastinya kita tidak dapat membayangkan situasi ini. Usaha mengebumikannya gagal.
Anitkabir
Putus asa, akhirnya mayatnya diawetkan sekali lagi lalu disimpan ke dalam Muzium Etnografi Ankara selama 15 tahun sehingga 10 November 1953. Cubaan terakhir untuk mengebumikan mayatnya namun tidak diizinkan Allah, sekali lagi bumi suci ini tidak menerima mayat laknatullah ini. Akhirnya, mayatnya dibawa ke satu tempat berbukit, dan ditanam di dalam binaan marmah seberat 40,000 kilogram. Makamnya diberi nama Anıtkabir.
Kubur Ataturk
Diceritakan lagi bahawa ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Namun kesasihan tentang tuntutan itu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Wallahualam.
Semoga kisah ini memberi teladan kepada kita semua.
Rujukan: Ensiklopedia Islam Safir

Friday, November 24, 2017

15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

1. Bohemian Grove, AS

Memiliki kawasan seluas 11 kilometer persegi, kawasan ini merupakan hakmilik kepada sebuah kelab di bandar San Francisco yang dikenali sebagai The Bohemian Club. Sejak 1899, kawasan ini menjadi sering dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin di dunia pada setiap bulan Julai.
Selama 100 tahun, segala aktiviti kelab ini dirahsiakan daripada orang awam. Terdapat desas-desus yang mengatakan The Bohemian Club ini sebenarnya ejen kepada Illuminati atau pun Freemason.
2. HAARP, AS

Di Alaska, terdapat sebuah padang yang dipenuhi dengan pelbagai jenis antenna telah dibina di sebuah kawasan keluasan 13 hektar disebuah lembah yang tidak berpenghuni.
Teori konspirasi mencadangkan ini merupakan salah satu teknologi yang digunakan oleh pihak AS untuk mengawal suhu dunia, mematikan satelit dan mengawal minda manusia.
3. Mezhgorye, Russia

Terletak di sebuah kawasan terpencil di pendalaman Rusia, terletaknya sebuah bangunan yang bermisteri. Daripada udara, kawasan ini kelihatan seperti kawasan yang telah ditinggalkan.
Namun terdapat desas-desus yang mengatakan kawasan ini sebenarnya merupakan sebuah pusat pembangunan senjata yang dibina di bawah tanah.
4. Kronstad, Russia

Pada mulanya, bandar kecil ini yang terdiri daripada beberapa buah kubu dan pelabuhan telah dibina untuk mempertahankan St Petersburg daripada ancaman musuh.
Namun, setelah era peperangan telah tamat, kawasan ini menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke kawasan ini untuk melawat kubu ini.
Namun, hari ini, kawasan kubu telah pun ditutup untuk para pelancong atas sebab-sebab keselamatan.
5. Gunung Athos, Greek Macedonia

Kawssan pergunungan yang hebat ini merupakan rumah kepada beberapa buah pusat keagamaan, namun but semua orang dibenarkan untuk datang ke kawasan ini untuk menikmati pemandangan yang hebat daripada puncak gunung itu.
Antara yang dilarang adalah wanita dan haiwan betina. Sebarang percubaan untuk melanggar peraturan ini akan menyebabkan individu itu dipenjara selama setahun.
6. Peti Keselamatan Di Mana Resepi Coca-cola Disimpan

Dikatakan, terdapat hanya dua orang individu saja yang mengetahui rahsia kepada minuman popular ini. Resepi ini disimpan di ibu pejabat syarikat itu di bawah pengawasan yang ketat.

7. Padang Pasir Danakil, Ethiopia

Dengan peperangan yang masih berpanjangan di sepanjang sempadan Ethiopia, kawasan ini telah ditutup dari pelancong.

8. Motuo County, China, Tibet

Kawasan ini merupakan kawasan suci untuk penganut agama Buddha dan tiada jalan yang menghubungan dunia luar kepada kawasan ini.
Mereka yang mahukan ketenangan untuk bertapa harus mengharusi hutan belantara dengan berjalan kaki untuk tiba ke kawasan ini.
9. Oymyakon, Rusia

Kawasan ini merupakan kawasan yang paling tandus dan paling sejuk di dunia dengan suhu paling rendah yang pernah dicatatkan -32°C.

10. Kawasan Perlindungan Suku Javari, Brazil

Terletak di sempadan Brazil dan Peru, terdapat sebuah kawasan yang terpencil yang langsung terputus hubungan dengan tamadun moden.
Dianggarkan terdapat lebih 150 puak asli Indian yang merupakan keturunan kepada golongan hamba suatu ketika dahulu menetap di kawasan ini.
11. Pulau Pitcairn, British

Di pulau yang terpencil ini, terdapat lebih kurang 50 orang yang menetap di sini. Mereka merupakan keturunan kepada kru kapal HMS Bounty.

12. Cincinnati, Ohio, AS

Cincinnati Subway merupakan rangkaian terowong keretapi bawah tanah yang terbesar yang pernah ditinggalkan. Terowong ini telah pada awal abad ke 20 tetapi telah ditangguhkan pembinaannya pada masa itu kerana masalah kewangan.
Sebenarnya kawasan ini masih boleh dikunjungi, tetapi hanya pada bulan Mei setiap tahun.
13. Mekah dan Madinah

Kedua-dua kawasan ini merupakan tempat suci orang Islam dan hanya mereka yang bergelar Muslim sahaja yang dibenarkan untuk mengunjungi kedua-dua tempat ini.
Orang bukan Islam dilarang sama sekali daripada mengunjungi tempat ini dan mana-mana pesalah yang ditangkap akan dihukum mati
14. Lebuhraya Karakoram

Lebuhraya yang menghubungkan Pakistan dengan China ini terletak pada ketinggian 15,466 kaki. Namun lebuhraya ini telah ditutup kepada pengguna jalanraya akibat kejadian tanah runtuh dan runtuhan salji.

15. Pulau Ular, Brazil

Pulau ini terletak kira-kira 90 kilometer di luar kawasan pantai Brazil. Sebarang aktiviti di pulau tersebut adalah diharamkan dan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan yang akan berlaku sekiranya manusia pergi ke pulau tersebut.
Pengharaman ini telah dilakukan oleh Tentera Laut Brazil sendiri. Terdapat juga pelbagai misteri dan khazanah alam yang masih belum diterokai di pulau tersebut.

Bacalah Ayat Ini Saat Kita dalam Kesempitan, Nescaya Allah Akan Kirim Malaikat Untuk Membantu.


Tersebutlah satu orang laki laki yg menempuh perjalanan dari Damsyik ke Zabadani. ditengah jalan, ada laki laki lain yg berniat menyewa keledainya. Walau tidak dikenali, beliau membolehkan lelaki asing utk menyewa keldainya. Keduanya terjadi menuju satu tempat, beriringan.

Ayo melalui arah sini, ajak Lelaki penyewa keldai. "Tidak, saya belum sempat melalui jalan itu. Sila tempuh jalan lain. "Jawab si laki laki. Mengelak.
Tenang saja, "rayu laki laki penyewa keldai," aku yg bakal jadi penujuk jalan. "

Keduanya pula berunding sampai lelaki perdana mengikuti saran lelaki yg menyewa keldainya.
Tidak lama selepas itu, kedua-duanya sehingga di satu buah lokasi yg sukar dilalui. Medannya curam & curam. Lelaki pemilik keldai menonton ada sekian banyak mayat tergeletak di sana.
Tidak disangka, lelaki yg menyewa keledainya turun sambil menodongkan sebilah pedang. "Turunlah serta-merta! Saya dapat membunuhmu! "

Lelaki pemilik keldai pula berlari sekuat kemampuannya. Beliau berikhtiar mengelak, namun sia-sia lantaran sukarnya medan yg mesti dilalui.

Ambil sahaja keldai akulah yang menguasainya.
Bebaskan saya. "Papar lelaki pemilik keldai. Nyawanya terancam. Pasti. Saya tak mahu mensia-siakan keledaimu. Namun, saya pula mau membunuhmu. "Gertak si bujang. Bengis.
Tidak henti-henti, lelaki pemilik keldai ini mengemukakan nasihat. Dia serta membacakan ancaman-ancaman Allah Ta'ala dalam Al-Quran & hadis Nabi berkenaan dosa membunuh & jalankan jenayah dengan cara biasa.

Di Sayangkan, laki laki itu tidak mempedulikan. Nafsu membunuhnya telah bulat. Tidak dapat dicegah. Mustahil diurungkan. "Jika begitu," ucap lelaki pemilik keldai, "izinkanlah aku mendirikan solat. dua rakaat saja. "

Baiklah, "bentak lelaki jahat," tapi jangan sampai lama-lama! "Qadarullah, seluruhnya hafalan lelaki pemilik keldai hilang. Disaat sibuk mengingat-ingat, laki laki tidak mempunyai kesedaran itu menengking menyergah & menyuruhnya bergegas.Hasilnya, teringat satu ayat oleh lelaki pemilik keldai ini. Dia membaca


firman Allah Ta'ala dalam surat An-Naml [27] ayat 62,
Atau siapakah yg memperkenankan (doa) orang yg dalam kesusahan jika dia berdoa Kepada-Nya & yg menghilangkan kesulitan & yg menjadikan anda (manusia) sbg khalifah di bumi? Apakah tidak hanya Allah ada tuhan (yang lain)? Teramat sedikitlah anda mengingati (Nya). "

Seketika itu pula, "papar si lelaki," dari mulut lembah muncul satu orang penunggang kuda mengambil tombak. Ia melemparkan tombak serasi di dada laki laki jahat itu sampai serentak tersungkur tidak dengan bernyawa. "
Siapakah engkau? "Bertanya laki laki pemilik keldai penuh sebak, sekali gus harus terima kasih.

Akulah Hamba-Nya Beliau yg memperkenankan doa orang yg dalam kesusahan bila ia berdoa Kepada-Nya, & yg menghilangkan kesulitan. "Kisah mengagumkan ini serta dituturkan oleh Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Al-Qur'an Al-Azhim.

Wallahu a'lam.
Sumber: kisahikmah
gambar sekadar hiasan

Tuesday, November 7, 2017

Seorang Lelaki Memakai Cincin Yang Berisi JIN Ketika Solat Jumaat.


Pada kali ini kami ingin kongsikan Video yang sedang Trending dan Tular sekarang. Untuk mengetahui info selanjutnya, sila tonton video ini sampai penghujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Terima kasih kerana sudi menonton saluran video-video viral dari kami.
Video Isu semasa, informasi, hiburan, video tular, sukan, berita terkini dan banyak lagi. Kami bawakan pada anda semua video - video yang sangat menarik untuk ditonton kerana video ini telah tular di laman-laman sosial.

Sila Like & Share..

Selamat Menonton..

Sila tonton video di bawah.

Friday, November 3, 2017

[18SG Video] Warga Emas Maut Di Gilis Lori

(Gambar Hiasan)

Warga Emas Maut!


Bagi mereka yang memasang impian hendak memetik buah di Australia, anda perlu tahu tentang perkembangan kisah ini.

Wartawan Malaysia Bakal Dedahkan Sindiket Perhambaan Moden Pemetik Buah di Australia



Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.
Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.
Namun apabila tiba di sana, mereka  menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.
Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.
"Kisah mereka semua sama," kata Saiful. "Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited."
Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.
Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.
"Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup," ujar Saiful.
Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.
Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.
Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.
"Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah," kata Tania.
Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.
Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.
kredit : Adi Namri Sidek

Wednesday, November 1, 2017

WHATSAPP PERKENAL CIRI BARU UNTUK TAHU LOKASI RAKAN ANDA. INI CARANYA..



Tiada Lagi Istilah ‘OTW’. WhatsApp baru saja memperkenalkan ciri terbarunya dengan live location. Ciri ini membuat penggunanya dapat memberitahu orang lain keadaan tempat dan lokasi sesungguhnya secara real time.

WhatsApp mengumumkan ciri live location di laman web rasmi mereka. Bagi mereka yang ingin menggunakan ciri live location, pengguna harus melakukan update aplikasi WhatsApp di gadgetnya terlebih dahulu.
Seterusnya, pengguna perlu membuka location option di bahagian attachment. Di situlah pengguna akan kelihatan ciri baru bernama share live location.
Ketika memilih option share live location, pengguna akan diminta menentukan berapa lama ciri live location dapat diakses oleh kawan atan individu lain, pilihannya adalah 15 minit, satu jam, dan lapan jam.

Setelah waktu tersebut ditetapkan, posisi pengguna akan muncul di map secara real time. Pergerakan pengguna pun akan dapat dilihat oleh individu lain yang sedang chat.

Ianya tidak hanya dapat digunakan di chat individu, pengguna juga dapat membagikan live location di grup. Anggota grup pun dapat memantau pergerakan beberapa anggota lainnya sekaligus dalam satu peta. Dengan begitu, anggota grup dapat saling memantau ke mana pengguna lainnya bergerak.

Ataupun pengguna boleh mengikut cara mudah di bawah ini untuk menggunakan ciri terbaru itu.
Buka mesej dengan orang atau orang yang anda mahu berkongsi lokasi anda dengan
Tekan butang tambah di sudut kanan bawah dan pilih lokasi
Akan ada pilihan baru di sini untuk “Share Live Location”
Pilih berapa lama anda ingin berkongsi lokasi
Tekan ‘Send’
Real Live Location akan muncul di skrin penerima sebagai peta
Lebih daripada seorang dalam kumpulan boleh berkongsi lokasi mereka dan semua akan muncul sebagai ikon pada peta
Sekarang, dengan adanya ciri terbaru whatsapp ini tiada lagi alasan ‘tengah otw’ padahal masih lagi baring-baring di katil.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sharing is caring!
Sumber: brilio.net

5 CARA HILANGKAN BAU ROKOK DALAM KERETA


JIKA anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.

Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?

Berikut kami kongsikan 5 benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:

1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta

sumber : Iluminasi.com