Tuesday, October 31, 2017

7 GEJALA INI DAPAT DIRASAI SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG DATANG


Anda pasti tahu bahawa penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Penyakit jantung didahului oleh serangan jantung biasanya berlaku apabila bekalan darah tidak cukup untuk sampai ke jantung.
Walaupun ia boleh berlaku secara tiba-tiba, namun sebulan sebelum serangan jantung, pesakit biasanya boleh merasai beberapa gejala. Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari boldsky.com, ini tanda-tanda tersebut.
1. Lemah badan yang luar biasa

Ini adalah gejala utama penyakit jantung yang disebabkan oleh kekurangan aliran dan peredaran darah. Ia berlaku kerana penyempitan saluran darah dan otot yang lemah yang merupakan amaran serangan jantung dalam peringkat awal. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda serangan jantung.

2. Pening


Apabila berlaku kekurangan aliran darah, pening adalah satu lagi gejala yang akan anda hadapi. Kurangnya peredaran darah memberi kesan kepada aliran darah ke otak yang boleh mengakibatkan pening.
3. Peluh sejuk

Peluh sejuk adalah satu lagi gejala yang menunjukkan bahawa tubuh anda mungkin berada di bawah ancaman. Apabila tidak ada aliran darah yang mencukupi, tubuh anda mungkin berasa lemah dan sejuk. Ini adalah salah satu tanda amaran serangan jantung.

4. Sakit Dada

Sekiranya anda mengalami sakit di bahagian dada dan bahagian lain anggota badan seperti lengan, belakang dan bahu anda, maka anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Sakit dada dan sesak nafas adalah gejala utama yang dapat menunjukkan masalah jantung.
5. Selesema

Ramai mangsa serangan jantung telah mengalami gejala selesema, sebulan sebelum serangan jantung. Ini juga merupakan petunjuk serangan jantung.
6. Sesak nafas

Ini adalah satu lagi gejala utama kemungkinan serangan jantung. Paru-paru memerlukan oksigen yang sepatutnya dan aliran darah yang mencukupi. Tetapi apabila jantung bermasalah, maka boleh jadi aliran darah ke paru-paru tidak cukup, menyebabkan sesak nafas. Ini adalah salah satu daripada gejala serangan jantung.
7. Mual, senak, sakit perut, dan lain-lain

Tanda-tanda penting termasuk loya, senak, sakit jantung atau sakit perut. Ini adalah beberapa tanda serangan jantung dan gejala yang perlu anda ketahui.
Itulah serba sedikit antara beberapa tanda-tanda awal sebelum serangan jantung yang anda patut sedar. Jadi, adakah anda pernah mengalami salah satu gejala ini? Jika ya, anda perlu mendapatkan bantuan doktor dengan segera supaya pemeriksaan secara teliti dapat dilakukan.

Kompilasi Video Kereta Terbabas


Kompilasi Video Kereta Terbabas!


Tuesday, October 24, 2017

Antara 9 Perkara Pelik Yang Hanya Berlaku Di Jepun Sahaja...


Jepun memang terkenal dengan perkara pelik. Bukan sahaja pelik, tapi kadang-kadang tak boleh terima akal. Mengarut sangat!
Kami senaraikan 15 perkara yang anda hanya dapat kihat di Jepun sahaja, memang tiada di negara lain.
1. Jalan tiada nama

Jangan terkejut. Memang betul! Di Jepun, memang susah nak cari papan tanda untuk nama jalan. Memang terpaksa tanya orang, kalau tak memang sesat.
2. Sewa tetamu perkahwinan

Ini merupakan salah satu kerjaya di sana ialah dengan menyediakan perkhidmatan sewa tetamu perkahwinan. Hanya perlu bayar jika perlukan tetamu untuk perkahwinan. Memang pelik!
3. Cuddle Kafe

Kisah ini pernah jadi viral pada tahun 2012 dan masih lagi diteruskan. Mereka yang kesunyian boleh datang ke sini untuk mendapatkan pelukan. Tapi untuk hubungan intim dilarang sama sekali.
4. Anak angkat orang dewasa

Selalunya kalau nak ambil anak angkat sejak dari bayi lagi. Tetapi di sana, orang dewasa boleh dijadikan anak angkat. Biasanya, untuk mewarisi perniagaan bagi mereka yang tiada anak.
5. Bos galakkan tidur di tempat kerja

Di Jepun, mereka hidup untuk bekerja. Kadang-kadang perlu bekerja sehingga 19 jam. Jadi, di waktu siang, majikan akan benarkan pekerja untuk tidur di meja.
6. Mesin untuk tangkap udang hidup

Selalunya kalau nak makan udang perlu pergi ke pasar. Tapi di sana siap ada mesin layan diri untuk tangkap udang hidup.
7. Punggung wanita disana lain dari yang lain

Wanita Jepun biasanya tidak mempunyai bentuk badan dan tiada punggung. Jadi, untuk nampak menarik, mereka akan letakkan sesuatu pada punggung mereka.
8. Mereka tidak menerima tip servis

Jepun terkenal dengan adab sopan santun. Negara lain akan berikan tip untuk setiap servis. Tetapi di Jepun, mereka tidak akan menerima sebarang tip.
9. Wujud pekerjaan tolak penumpang

Disebabkan kepadatan di sana, wujud pekerjaan tolak penumpang ke dalam kereta api.Jepun mempunyai sistem transit yang paling menepati masa di dunia. Bukan itu sahaja, semua pekerja menepati masa.

Friday, October 20, 2017

KDN Tidak Menafikan Wujud Sembilan Dragon Kawal Malaysia Seperti Didakwa PPIM


Tiada penafian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa wujudnya sembilan dragon yang menguasai penguatkuasa di negara ini bagi membolehkan aktiviti haram dijalankan.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tidak menafikan wujud­nya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.

“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” tambahnya.


Berdasarkan sumber yang melaporkan, kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan antara kegiatan sembilan dragon yang menguasai negara ini.

Disamping itu, sindiket itu juga didakwa turut merasuah pihak penguat kuasa serta mampu menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.

Nur Jazlan enggan mengulas lebih lanjut akan tetapi seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sumber - Utusan Online

Monday, October 16, 2017

13 Tempat Percutian Menarik di Kota Kinabalu


1) Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.
Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih... perghh..
Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point. Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka akan menjemput kita pulang.
2) Tamu Gaya di Gaya Street.
Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.


3) Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.
4) Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga.
5) Lok Kawi Wildlife Park
Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.
Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo?? hehe..
Masa ke sini dulu aku sedang mengandung 7 bulan. Ya Allah mengah! Melayan anak punya pasal. Saja aku try minta tiket OKU tapi tak berjaya hehehe..


6) Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.
Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.
Kepada yang tak mampu menyewa kereta tu naik saja nas no 5A.
7) Coral Flyer
Ya Allah best nya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu... 250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh..!
Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty. Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.
8) Rumah Terbalik
Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.myyang beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.
9) Kinabalu Park
Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu.
Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa. Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala.. paling jauh 1km je...
10) Kundasang War Memorial.
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.
Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.
11) Desa Dairy Farm
Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini jer... bukannya di New Zealand pun.
12) Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti
Bermain dengan ikan sebesar betis. Tak nak cakap banyak, wajib pergi ! Sila lihat gambar di sini.
13) Ladang Teh Sabah Tea
Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.
Kredit: Hanz

Gadis Korea pilihan Tony Fernandes


KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Korea, yang dikenali sebagai Chloe.
Majlis perkahwinan berlangsung di Cote d'Azur, Perancis dengan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat seperti yang dilaporkan New Straits Times.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, Fernandes kelihatan segak dengan sut gelap, manakala Chloe memakai gaun labuh berwarna putih yang terdedah pada bahagian bahu.
Pasangan itu dikatakan sudah mengenali antara satu sama lain selama lebih dua tahun sebelum disatukan semalam.
Tidak banyak maklumat mengenai Chloe, yang usianya sekitar 20-an, tetapi dikatakan sangat disenangi dan berperibadi tinggi.
Nama keluarganya juga tidak didedahkan, hanya diketahui ahli keluarga dan teman rapatnya.
Antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis resepsi berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

sumber: hmetro

Thursday, October 12, 2017

10 Teknik Rahsia Cari Tiket Flight Pada Harga Lebih Murah


Cara ini boleh dipakai kalau kita guna Skyscanner. Letak saja “Everywhere” dalam carian dan nak lagi best? Tarikhnya pula letak “Cheapest month“. Skyscanner akan beri kita senarai lokasi-lokasi termurah pada bulan termurah. Cara ini lebih sesuai kalau kita baru nak mencari destinasi travel dan bukan untuk targeted location.




2. Selasa / Tengahari

Flight pada Jumaat malam dan Sabtu malam akan jadi paling mahal. Selasa tengahari sebaliknya, akan lebih menjimatkan poket travel anda. Sebabnya, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan keluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari. Terbang untuk flight tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

3. 7 Minggu / 18 Minggu

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Skyscanner dan CheapAir, 7 minggu adalah tempoh terbaik untuk penerbangan jarak dekat dan 18 minggu pula untuk penerbangan jarak jauh. Elakkan dari tempah terlalu awal dan juga last-minute booking.

4. Incognito Mode



Mungkin ramai dah pernah dengar tentang travel hack ni. Mesti ada yang pernah perasan, kali pertama cari tiket flight, harganya RM250 contohnya. Kali kedua kita datang ke flight booking website yang sama dan untuk penerbangan yang sama, tiba-tiba harga tiket naik jadi RM270. Ini fungsi Incognito Mode, syarikat penerbangan tak boleh manipulasi internet history kita untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya.

5. Perbandingan Harga



Walaupun aku selalu pakai Skyscanner, tapi aku akan bandingkan harga flight dengan beberapa flight booking website seperti Expedia, Kayak, Momondo dan sebagainya. Sebab kadang-kadang tu, Expedia boleh jadi lebih murah dari Skyscanner atau Momondo tawar harga paling tinggi berbanding yang lain. Rujuk poin seterusnya dulu sebelum anda nak tempah terus dari third-party companies ini.

6. Rujuk Harga Di Laman Web Rasmi Airlines

Rujuk di laman web third-party macam Skyscanner tu memang memudahkan kita, boleh nampak semua harga yang ditawarkan dalam satu page. Tapi, rajin-rajinkanlah menyinggah di laman web rasmi syarikat penerbangan dan bandingkan harganya juga. Sebab ada flight di Skyscanner contohnya, mengecas booking fee dan ada juga flight deals yang boleh didapati di laman web rasmi airline saja.

7. Satu Airlines Vs Multiple Airlines

Aku akui, terbang dengan satu airline dengan direct route lebih mudah dari terbang dengan multiple airlines. Tak perlu nak keluar masuk imigresen untuk transit atau menunggu berejam di ruang transit. Tapi, contoh terbaik aku boleh beri di sini adalah flight aku ke Tbilisi dari Kuala Lumpur. Direct flight dengan Turkish Airlines ketika itu adalah RM2200-RM2300. Flight aku hanya RM1500 saja, dengan terbang dengan multiple airlines.

8. 24 Hour Rule

Sebaik saja anda tempah tiket penerbangan, dalam masa 24 jam, rajinkanlah cek kalau ada harga tiket flight yang lebih murah tetiba muncul lepas tu. Kalau anda tempah melalui Skyscanner, anda boleh sign up untuk flight price alert. Kalau terma dan syarat dalam tiket penerbangan menyatakan anda boleh buat full refund dalam masa 24 jam tanpa sebarang cancellation fee, anda boleh batal tiket flight anda dan tempah tiket yang lebih murah. Tapi ingat, dalam masa 24 saja.

9. Teknik Layover



Selok-belok cara ini agak nakal sedikit. Aku sarankan hanya untuk berani saja. Aku pun pernah buat, pernah juga plan backfired. Begini, selalunya kita akan gunakan destinasi kita sebagai destinasi terakhir untuk kapal terbang mendarat, bukan? Berbeza dengan cara ini, kita menggunakan destinasi kita sebagai destinasi transit. Tiba saja di destinasi transit, kita terus menuju ke balai ketibaan dan bukan menuju ke bahagian penumpang transit. 2 benda anda kena ingat sebelum nak pakai cara ini, tiada daftar masuk bagasi dan hanya untuk penerbangan sehala saja.

10. Jangan Tempah Tempat Duduk



Teknik ini juga untuk pada yang sanggup. Selagi tempoh penerbangan aku tak lebih dari 3 jam,  aku tak kan tempah tempat duduk dengan bajet airline. Selain Airasia, kebanyakan bajet airline seperti Transavia, Ryanair akan mengenakan cas tambahan untuk pilihan tempat duduk. Nasib aku baik setakat ini, kebanyakan tempat duduk rawak aku dapat adalah window seat. Jarang dapat tempat duduk di bahagian tengah.

Sumber: Alisa Omar

Negara Paling Banyak Cuti Di Dunia.. Malaysia Di Ranking Ke Berapa?

Jika anda merasakan kita ini mendapat bahawa negara kita terdapat banyak cuti umum, jom lihat pula di mana kedudukan negara kita berbanding negara lain.


1) Sri Lanka (25 hari setahun)
Negara ini juga mmpunyai pelbagai bangsa dan agama dan terdapat  keperluan untuk mewujudkan bayak cuti umum untuk menghormati perayaan ataupun golongan di negara ini.
Masyarakat negara ini akan meraikan Hari Poya iaitu meraikan hari bulan mengambang penuh mngikut masyarakat Budha. Jika bernasib baik, terdapat 2 hari dalam bulan tersebut, bulan akan mengembang penuh. Cuti umum pada waktu itu dipanggil hari Adhi.

2) India (21 hari setahun)
Disebabkan mempunyai masyarakat majmuk jugalah India turut mempunyai banyak cuti. Perayaan bercorak agama turut diberikan cuti umum dan terdapat 4 cuti umum di India iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang jatuh pada 2 Oktober.

3) Filipina (18 hari setahun)
Seperti Sri Lanka dan India, FIlipina turut mempunyai banyak cuti umum disebabkan kewujudan dan kepelbagaian masyarkat. Filipina banyak memberi cuti umum untuk hari bersejarah mereka seperti 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan, hari bermulanya Revolusi Filipina yang dipanggil The Cry of Pugad Lawin pada 28 Ogos, hari kelahiran Andres Bonifacio bapa Revolusi Filipina pada 30 November dan hari memperingati kematian Jose Rizal pada 30 Disember.

4) China  (17 hari setahun)
Berlainan dengan negara di atas, China pula banyak memberi cuti umum menurut budaya masyarakat mereka. Masyarakat China akan menyambut tahun baru dan tahun baru Cina disamping 7 hari cuti umum. Antara cuti umum yang diberikan menurut budaya mereka, menyambut hari Ching Ming dan masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival.

5) Thailand (15 hari setahun)
Thailand menyambut hari Chakri iaitu pembentukan DInasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok. Hari festival Songkran disambutan paling besar dimana semua ahli keluarga akan berkumpul disamping hari Wesak, Hari Dhamma (permulaan agama Budha) dan dua hari lagi untuk mmperingati kematian Raja Thailand Bhumibol Adulyadej (2016) dan Raja Chulalongkorn (1990)

Malaysia di mana?
Mengikut rekod rasmi setakat ini Malaysia mempunyai 15 hari cuti umum setiap tahun, tidak termasuk dengan cuti-cuti peristiwa yang boleh muncul tiba-tiba contohnya seperti meraikan kemenangan Sukan SEA, kemenangan pasukan bolasepak dalam piala Suzuki.

Tuesday, October 10, 2017

8 Kebaikan Kesihatan Air Mani Lelaki Kepada Wanita Menurut Sains

Ada banyak kebaikan sperma yang sebenarnya kita tak pernah tahu. Apa yang selalunya kita tahu tentang sperma? Berikut ini senarai 8 manfaat dan kesan sperma kepada kesihatan tubuh badan.

Merupakan agen anti-stres semula jadi yang mencegah kemurungan

Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai tidak terfikir ia mempunyai kaitan dengan air mani.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

Menurut penulis kajian itu, “Data-data ini adalah selaras dengan kemungkinan bahawa air mani mampu menghilangkan gejala kemurungan kerana faraj wanita menyerap beberapa komponen air mani ke dalam saluran darah.”

Pada dasarnya, wanita menyerap air mani dengan cepat, dan dengan itu manfaatnya mudah dikesan dalam aliran darah mereka.

Membantu untuk tidur lebih baik

Selalunya, ramai yang akan rasa penat selepas mengadakan hubungan seks dan boleh tidur nyenyak pada malam itu.

Namun sebenarnya, tidur nyenyak itu bukannya disebabkan oleh penat sahaja, tetapi air mani turut main peranan.

Air mani mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan relax.

Sama ada anda telan, atau menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda tidur lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur lain.


Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

Satu sudu (teaspoon) air mani mengandungi lebih 200 protein serta beberapa vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

Walaupun jumlah setiap vitamin berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, biasanya mesti akan ada jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.

Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

Tanpa diragukan lagi kegiatan yang sangat menyenangkan dan memiliki manfaat kesihatan yang besar ini bagi lelaki mahupun wanita. Seks juga mampu menurunkan tekanan darah.

Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa “kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat.”

Ini bermakna, sama ada anda melakukannya sendiri atau dengan pasangan, jika ada ejakulasi secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit kanser prostat di kemudian hari berkurangan.


Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.

Menggalakkan ovulasi dalam faraj

Satu kajian dari Universiti Saskatchewan di Canada mendapati bahawa protein dalam air mani bertindak ke atas otak wanita untuk menggalakkan ovulasi – dan molekul yang sama ini juga turut mengawal pertumbuhan, penyelenggaraan, dan survival kepada sel-sel saraf.

Oleh itu, jelas menunjukkan di sini bahawa sperma memberi isyarat hormon, yang tercetus melalui hipotalamus dan kelenjar pituitari dalam otak wanita.

Ini seterusnya mencetuskan pengeluaran hormon lain yang memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur.

Mencegah keguguran

Sesetengah kes kemandulan dan keguguran adalah disebabkan oleh kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen di dalam air mani. Salah satu cara untuk tangani masalah ini ialah dengan mengadakan hubungan kelamin.

Antigen sperma yang menyerap ke dalam saluran darah melalui faraj boleh membantu menjadikan kehamilan lebih selamat dan lebih berjaya.

Melebat, mencantik dan menyihatkan rambut

Pada masa ini, air mani lembu telah digunakan untuk mengembalikan seri kepada rambut kusam dan rambut rosak.

Rupa-rupanya, air mani mempunyai agen penyembuhan vitamin E yang juga kaya dengan protein lima kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut di pasaran.

Kandungan protein di dalam sperma ini saling melengkapi dengan molekul protein di dalam rambut.

Meskipun sperma memberi manfaat kepada kesihatan, masih ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum mengadakan hubungan seks seperti penyakit STD dan kehamilan.

Jadi kenalah beringat sebelum terkena!