Monday, October 16, 2017

Gadis Korea pilihan Tony Fernandes


KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Korea, yang dikenali sebagai Chloe.
Majlis perkahwinan berlangsung di Cote d'Azur, Perancis dengan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat seperti yang dilaporkan New Straits Times.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, Fernandes kelihatan segak dengan sut gelap, manakala Chloe memakai gaun labuh berwarna putih yang terdedah pada bahagian bahu.
Pasangan itu dikatakan sudah mengenali antara satu sama lain selama lebih dua tahun sebelum disatukan semalam.
Tidak banyak maklumat mengenai Chloe, yang usianya sekitar 20-an, tetapi dikatakan sangat disenangi dan berperibadi tinggi.
Nama keluarganya juga tidak didedahkan, hanya diketahui ahli keluarga dan teman rapatnya.
Antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis resepsi berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

sumber: hmetro

No comments:

Post a Comment