Thursday, February 22, 2018

Pengayuh Basikal Malaysia Yang Pernah Lakukan Ekspedisi Solo ke China Sejauh 3,200km Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya


Seorang penunggang motosikal terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di KM445.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada malam Isnin lalu.

Dalam kemalangan 11.45 malam itu, pengayuh basikal Malaysia Sheikh Kharleez Bamadhaj Jaffar, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan kritikal di kepala, badan dan kaki. Kharleez telah tular disetiap tajuk berita apabila dia memulakan ekspedisi berbasikal solo ke China pada tahun 2014 lalu.

Ketua Polis Gombak, Penolong Pesuruhjaya Ali Ahmad berkata Kharleez malam itu menunggang motosikal Kawasaki Ninja dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Rawang untuk pulang ke rumah.

"Di lokasi kemalangan itu, motosikalnya hilangan kawalan dan jatuh di jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga, yang dinaiki oleh dua orang lelaki berusia 26 tahun.

"Pemandu kereta terbabit yang berada di lorong kedua tidak sempat memberhentikan kenderaan dan hilang kawalan selepas melanggar mangsa lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum berpusing masuk ke lorong ketiga," ujarnya.

Kesan dari kemalangan itu mengakibatkan kecederaan berat terhadap pemandu dan penumpang kereta.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati ada kesan brek di lorong kedua sepanjang kira-kira 50 meter. Motosikal mangsa pula mengalami kerosakan kecil pada bahagian kiri, manakala kereta terbabit rosak teruk di bahagian hadapan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Dua lagi mangsa yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut."

Beliau meminta mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian itu untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Gombak (IPD) bagi membantu siasatan.

"Kami meminta bantuan orang ramai untuk menyampaikan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan kemalangan itu kerana tiada rakaman CCTV yang boleh digunakan dalam siasatan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

Allahyarham Kharleez, yang bekerja sebagai perunding, adalah seorang peminat aktiviti sukan luar dan sering mengambil bahagian dalam acara berbasikal, marathon, serta mendaki gunung didalam negara mahupun diluar negara seperti di Indonesia.

Friday, February 16, 2018

Vans x Metallica ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit


Vans x Metallica ini boleh dikatakatan surprise drop daripada Vans malaysia kerana berita kasut ini sah masuk ke pasaran Malaysia hanya diumumkan semalam. Ianya dijual di beberapa butik Vans terpilih di lembah Klang dan Johor.
Kami sendiri ke Vans IOI City Mall untuk cuba nasib membeli kasut Slip-On Vans x Metallica ini kerana mungkin orang bercuti dan balik kampung, kami boleh membeli kasut ini dengan aman.

Namun ternyata tanggapan kami salah kerana sudah lebih 40 orang berada dalam barisan. Yang paling hadapan pula sudah mula beratur sejak 2 pagi tadi. Memang dahsyat juga penangan Vans x Metallica ini. Melihat pada kualiti kasut ini, ianya sangat worth it dengan harga jualannya RM299.
Jadinya kami pulang dengan tangan kosong. Kami dapat jamin di butik lain pun, koleksi kasut ini sudah sold out ketika anda membaca artikel ini.
Kasut Slip-On Vans x Metallica ini sudah pun dijual kembali pada harga RM680 sepasang. Ada yang sempat membeli kasut atau koleksi ini? Boleh kongsi di ruangan komen.
Oleh: Azam A / thevocket.com

Thursday, February 8, 2018

Dimanakah Sebenarnya Galeri Buku Tertua Di Dunia?


Terdapat percanggahan pendapat tentang galeri buku yang manakah yang tertua di dunia. Tempat-tempat yang bersejarah ini adalah lokasi yang perlu dilawati oleh pengumpul-pengumpul buku. Rekod Dunia Guiness telah mengiktiraf Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal sebagai yang tertua tetapi Moravian Book Shop di Bethlehem, Pennsylvania mungkin boleh menyangkal pengiktirafan tersebut.


Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal dibuka pada tahun 1732 oleh Peter Faure. Terletak di nadi Lisbon, bersebelahan dengan Opera, galeri buku ini dianggap sebagai yang tertua di dunia dan diberi pengiktirafan tersebut oleh Rekod Dunia Guiness pada tahun 2011.
Gempa bumi dahsyat di Lisbon pada tahun 1755 telah memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut termasuk binaan asal galeri ini. Galeri ini terpaksa berpindah ke lokasi baru, tetapi selepas 18 tahun, pada tahun 1733, Joseph Bertrand telah membeli semula galeri ini yang kini dibina semula sebagai Lisbon Baixa. Kemudian lahir pula The Livraria Bertrand Bookstore sebagai premis sokongan kepada Bertrand Bookstore dengan lebih 50 cawangan di seluruh Portugal. Premis sokongan ini memiliki media cetaknya sendiri, bengkel untuk cetakan dan penulisan, malah turut memiliki jenis tulisannya yang tersendiri. Tulisan ini dipamerkan dengan jelas pada papan tanda di hadapan galeri tersebut.
Pada hari ini, lokasi kegemaran pelancong tersebut telah menambah kafe dan ruang untuk sebarang aktiviti kebudayaan. The Bertrand Bookstore menjual buku dalam bahasa Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Perancis. Sebagai tambahan, servis ebooks turut disediakan dalam bahasa Portugal dan bahasa Inggeris.
Walaupun diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness, gempa bumi yang telah menghentikan operasi galeri Bertrand untuk satu tempoh telah mencetuskan beberapa debat tentang fakta ini.
Moravian Bookshop di Bethlehem, Pennsylvania yang dibuka pada 1745 adalah galeri buku tertua di Amerika Syarikat. Menurut laporan The Guardian, lokasi ini boleh dianggap sebagai galeri tertua di dunia yang beroperasi secara berterusan. Diasaskan oleh Samuel Powell, galeri asalnya banyak menempatkan teks-teks keagamaan. Galeri tersebut telah bertukar lokasi beberapa kali, termasuk di Philadelphia dimana mereka menjual dan mencetak buku-buku.
Galeri ini yang satu ketika hanya sebuah kedai buku yang kecil telah berkembang sehingga 15,000 meter persegi dan membuka cawangan kedua di Allentown.
Jika anda sedang meneliti satu lorong yang mengandungi lebih dari 10,000 buah buku, dan anda berasa lapar ketika sedang menyemak helaian-helaian buku-buku tersebut, terdapat kaunter makanan dengan makanan-makanan yang berkualiti tinggi disediakan di dalam Moravian. Galeri tersebut juga terkenal dengan penjualan dekorasi tradisional untuk sambutan Krismas di Jerman yang digelar Moravian Star. Setiap tahun galeri tersebut menjual beratus-ratus hiasan bintang yang mempunyai 26 bucu ini yang turut dipanggil sebagai Advent Stars. 
Jadi, galeri buku manakah yang tertua? Dalam situasi ini, apa yang boleh dilakukan adalah pergi melawat kedua-duanya. Sementara itu, anda juga boleh melawat galeri Korn & Berg di Jerman. Ia adalah galeri buku tertua di Jerman yang mempunyai sekumpulan penyokong setia yang tegas menyatakan bahawa ia adalah galeri yang tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1531 oleh Johann Ott, 39 tahun selepas Colombus menjumpai Amerika, sebuah laman sesawang mendedahkan penerangan terperinci tentang sejarah kedai tersebut dan peristiwa utama yang berlaku di Jerman dari semasa ke semasa. Samada anda memilih Bertrand, Moravian ataupun Korn & Berg, mungkin tidak salah untuk mengatakan banyak francais-francais galeri atau kedai buku yang terkenal pada hari ini masih berjuang untuk kekal dalam dunia perniagaan, adalah sesuatu yang menakjubkan untuk melihat ketiga-tiga galeri yang penuh bersejarah ini masih kekal utuh beroperasi. 

Misteri Hotel Dengan 10,000 Bilik Hotel Yang Tidak Pernah Berpenghuni Sejak Dahulu Lagi


Sebuah hotel memiliki 10,000 bilik hotel yang terletak di Pulau Rugen, Jerman, telah dibina sekitar tahun 1936 sehingga 1939, tiga hari sebelum Perang Dunia Kedua meletus.


Lokasinya yang terletak berhadapan dengan laut adalah strategik untuk menarik minat pelancong. Ditambah pula dengan pemandangan alam sekitarnya yang menghijau sudah pasti akan membuatkan ramai pengunjung mahu bermalam di hotel ini.


Namun, sejak bangunan ini telah siap dibina sehingga kini, tidak ada seorang pun tetamu yang sempat menginap di hotel ini kerana mempunyai sejarah lampau yang tersendiri.


Pemimpin Jerman, Adolf Hitler pada ketika itu menginginkan sebuah resort mewah yang bukan sahaja memiliki hotel di dalamnya namun juga dilengkapi dengan panggung wayang, teater dan pentas konsert untuk memberikan pengalaman bercuti yang terbaik bagi warga Jerman.


Pembinaan hotel yang melibatkan tenaga kerja seramai  9,000 orang pekerja bagi membina 8 blok bangunan dengan panjang sejauh 4.5 km. yang memiliki 10,000 bilik yang dapat menampung 20,000 tetamu. Tetapi apabila berlaku perang pada tahun 1939, semua pekerja telah dipindahkan untuk bekerja sebagai tentera bagi menjaga keamanan negara. Inilah punca sebenar hotel terbesar di dunia ini tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana tetamu luar.


9 Makanan Untuk Bersihkan Paru - Paru, Para Perokok Aktif Atau Pasif Wajib Baca


Perokok sememangnya tahu bahaya merokok bagi kesihatan tapi tidak semua dari mereka mampu berhenti terutama jika telah menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun.
Dalam artikel pengensehat.com kali ini kita akan mendedahkan empat jenis makanan yang terbukti dapat membersihkan paru-paru secara semulajadi dan pantas. Semua perokok wajib membaca artikel ini.
Salah satu efek paling merugikan dari rokok adalah kesan candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah nikotin yang merupakan zat ketagihan yang menimbulkan perasaan candu dalam diri perokok.
Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia dalam otak terutama hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan bahagia.
Apakah makanan yang boleh membersihkan paru-paru perokok dalam masa yang singkat?
Makanan untuk membersihkan paru-paru
Jika seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk menghasilkan sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sedar kemudian terus menerus meminta agar dopamin dihasilkan dengan lebih banyak, caranya dengan terus menambah pengambilan rokok.
Sayangnya, kebiasaan merokok ini memberi kesan kepada organ tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandungi ratusan zat bahan kimia berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, plumbum, dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan meracuni tubuh sendiri.
Sebuah kajian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok. Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko mengalami kanser paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok, di mana sebahagian besar kes kanser paru-paru baru muncul ketika perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.
Selain kanser, perokok juga berisiko mengalami jangkitan paru-paru yang dimulakan dengan gejala batuk kronik dan sering bercampur darah. Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru jadi rosak sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya akan menimbulkan komplikasi pada jantung.
Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas selain berhenti merokok dan mulaikan menjalani gaya hidup yang sihat. Tapi bagi anda yang masih sangat sukar untuk berhenti merokok, di bawah ini kami sediakan beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil untuk membersihkan paru-paru anda dari racun dan zat kimia berbahaya.
9 Makanan Untuk Membersihkan Paru-Paru
Khabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan beberapa jenis makanan yang terdiri daripada buah dan sayuran yang mengandungi zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimia berbahaya dari rokok secara pantas.
1. Halia
Halia merupakan bahan dasar sehari-hari makanan yang kamu pengambilan selama ini. Kandungan zat antiseptik serta antibakteria pada halia dapat melancarkan saluran bronkial pada paru paru sehingga lebih mudah untuk menghilangkan radikal bebas yang melekat di paru paru kita. Rongga pernafasan terasa lebih lega apabila mengambil halia. Biasanya halia dimasukkan sebagai bahan asas masakan atau dengan air hangat. Namun lebih baik jika dimakan secara langsung dan mengunyahnya langsung.
2. Limau Bali
Konon, limau bali kaya akan antioksidan sehingga membantu tubuh dalam melawan sel kanser dan membersihkan paru-paru. Limau bali mengandungi vitamin C yang mampu menghalang prestasi enzim tubuh yang mengaktifkan sel kanser pada paru-paru.
3. Makanan yang mengandungi zat selenium, keju misalnya.
Zat selenium adalah mineral yang mampu merangsang enzim bersama vitamin E dalam memperkukuhkan organ paru-paru. Jika kandungan selenium banyak bermakna kandungan sel kanser akan perlahan-lahan menurun. Makanan yang mengandung zat selenium adalah telur, keju, cendawan, gandum, daging lembu, ikan tuna, ikan salmon, ketam, dan soya.
4. Yogurt
Yogurt diperbuat daripada dua jenis bakteria menguntungkan yakni Lactobacillus bulgaricus dan S treptococcus thermophilus. Yogurt boleh menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati sehingga berguna untuk pencegahan penyakit kanser dan paru-paru.
5. Delima
Ekstrak buah delima dapat membantu untuk membersihkan paru-paru. Buah delima berguna untuk meningkatkan bekalan darah dan menghilangkan zat beracun dari paru-paru. Buah delima mengandungi tahap antioksidan yang paling tinggi berbanding buah anggur dan teh hijau. Tak hanya itu, buah delima juga membantu membersihkan sel-sel kanser dalam tubuh.
6. Kunyit
Salah satu rempah asal Indonesia adalah kunyit. Rempah yang mirip halia ini konon mampu meringankan keradangan pada paru-paru. Kunyit mengandungi zat curcumin yang berfungsi untuk menghilangkan zat penyebab kanser paru-paru.
7. Buah Berry
Jenis buah blueberry, raspberry atau blackberry dapat kamu pengambilan untuk membantu rawatan paru-paru. Zat flavonoid, karotenoid, lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam berry dapat menghilangkan karsinogen dari paru-paru.
8. Bawang putih
Bahan asas masakan yang paling sering digunakan ini ternyata berperanan penting dalam penjagaan paru-paru. Kompaun allicin dalam bawang putih boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru. Konon, bawang putih mempunyai spektrum luas zat antimikrob daripada antibakteria, anti-kulat, anti parasit, anti-protozoa dan antivirus. Wow!
9. Sayur yang mengandungi karotenoid
Khasiat sayur-sayuran yang mengandungi karotenoid berfungsi sebagai antioksidan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru. Sayur-sayuran yang banyak mengandungi kartenoid adalah daun anggur yakni sebesar 16.193 mikrogram. Selain itu, kamu boleh memakan sayur lobak, lobak merah, sawi, bayam, salad, dan labu.
Itulah sembilan jenis makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari racun akibat merokok. Selain sembilan makanan tersebut, anda juga boleh memakan nagka belanda/durian belanda sebagai ubat penyakit kanser. Semoga bermanfaat, jangan lupa sebarkan artikel ini kepada rakan anda yang perokok aktif.
Sumber:pelikdunia.com

Wednesday, February 7, 2018

10 Jenis Iklan Yang Susah Dapat 'Approval' Dan Tidak Disukai Facebook


Dengan jumlah pengguna aktif di Facebook yang sudah mencecah 2 bilion orang pada tahun 2017, Facebook sememangnya platform utama kebanyakan peniaga dalam talian mengiklankan produk mereka melalui Facebook Ads. Tetapan dan fungsi Facebook Ads yang canggih juga membolehkan pemilik bisnes mengiklankan perniagaan mereka kepada kelompok tertentu sahaja berdasarkan pelbagai faktor seperti jantina, umur, lokasi dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, mengiklankan perniagaan di Facebook tidak menjamin sebarang keuntungan kepada pemilik bisnes. Terdapat banyak faktor yang menjadikan sesuatu iklan itu berkesan antaranya penggunaan gambar yang menarik, tajuk yang memikat dan penulisan yang padat.
Selain itu, tidak semua bisnes yang diiklankan oleh Facebook akan dipaparkan. Kali ini, kami ingin berkongi beberapa jenis iklan atau bisnes yang diharamkan sama sekali untuk diiklankan di Facebook. Membuat iklan yang memaparkan bisnes yang disenaraikan ini akan menyebabkan iklan akan tidak diterima oleh Facebook.
1. Tembakau - Produk yang berkaitan dengan tembakau seperti rokok, rokok seludup, hookah, vape dan perkara seumpanya adalah dilarang sama sekali untuk diiklankan di Facebook.
2. Dadah - Marijuana merupakan sejenis dadah yang dibenarkan oleh undang-undang di beberapa negeri di Amerika Syarikat antaranya California, iaitu kawasan ibu pejabat Facebook. Walau bagaimanapun, pengiklanan produk dadah adalah diharamkan sama sekali di mana-mana kawasan di seluruh dunia.
3. Produk atau servis untuk orang dewasa - Iklan yang mempromosikan kelebihan perancangan keluarga adalah dibenarkan sementara iklan yang mempromosikan keseronokan membuat seks adalah dilarang. Sebagai contoh, iklan kondom dengan ayat "Amalkan seks selamat dengan pemakaian kondom jenama kami" adalah dibenarkan sementara iklan berbunyi seperti "Gunakan alat seks kami untuk seks yang lebih nikmat bersama pasangan anda" adalah dilarang sama sekali.
4. Kandungan yang mengelirukan - Iklan yang ditulis mestilah benar dan realistik. Sebagai contoh, iklan yang berbunyi "Ketahui cara untuk buang lemak di perut" adalah dibenarkan sementara iklan yang berbunyi "3 cara mengejutkan untuk kurangkan berat badan dalam masa yang singkat" adalah dilarang sama sekali.
5. Produk sistem pengawasan dan keselamatan - Facebook bukanlah platform untuk menjual barangan pengawasan keselamatan seperti kamera pengintip, penjejak telefon pintar, kamera pengawasan tersembunyi dan seumpamanya.
6. Kandungan kontroversi - Iklan yang boleh mencetuskan kontroversi tidak kiralah berkaitan topik politik, masalah sosial dan sebagainya untuk tujuan apapun adalah tidak dibenarkan untuk diiklankan di Facebook
7. Iklan sebelum dan selepas penggunaan produk - Kebiasaannya, produk kecantikan dan kesihatan akan memaparkan testimonial keberkesanan produk dengan meletakkan gambar pengguna sebelum menggunakan produk dan selepas menggunakan produk. Iklan seperti ini dilarang keras di Facebook.
8. Penggunaan tatabahasa yang salah - Iklan yang dihasilkan perlulah nampak kemas dan tersusun. Facebook sama sekali tidak akan menerima iklan yang mempunyai tatabahasa yang salah dan susunan ayat yang tidak tersusun.
9. Senjata - Walaupun terdapat beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang membenarkan pemilikan senjata dari segi undang-undang, Facebook mengharamkan sama sekali sebarang iklan berbentuk penjualan senjata.
10. Cryptocurrency- Peningkatan cryptocurrency seperti Bitcoin, LiteCoin, Ethereum dan lain-lain mengakibatkan kewujudkan banyak program-program atau skim-skim scam sehingga terlalu sukar buat pengguna untuk membezakan antara program yang betul dan scam. Buat masa ini Facebook telah mengharamkan sama sekali sebarang iklan yang mempromosikan servis atau skim berkaitan cryptocurrency.
Senarai di atas adalah hanya segelintir sahaja daripada puluhan jenis iklan yang diharamkan di Facebook. Untuk senarai penuh, boleh rujuk pada halaman rasmi Facebook Advertising Policies.
Sebagai sebuah platform media sosial dengan jumlah pengguna yang begitu ramai, pihak Facebook mengatakan polisi iklan yang dibuat ini adalah bagi melindungi pengguna daripada iklan yang mencurigakan dan iklan yang berbentuk scam. Pihak Facebook juga sentiasa mengemaskini polisinya berdasarkan maklumbalas daripada penggunanya.
Kredit: Recode, Tech Crunch

Tuesday, February 6, 2018

UTM Universiti Pertama Guna Bas Elektrik

Bas elektrik yang akan beroperasi di kawasan kampus menggunakan pengecas pantas 20 minit dengan kapasiti perjalanan 88 kilometer.

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, menjadi universiti pertama di negara ini menggunakan bas elektrik di kawasan kampusnya untuk menjaga alam sekitar, meminimumkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengurangkan kesan bunyi.
Ketua Gerak Kerja Bas Elektrik UTM Professor Dr Abd Latif Saleh berkata, bas itu adalah hasil usahasama antara UTM, CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd (COMOS), Mara Liner Sdn Bhd (Maraliner) dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) selaku pengedar eksklusif bas elektrik di Asia Tenggara.
Menurutnya, projek itu adalah perintis bagi tujuan latihan dan penyelidikan ke arah teknologi kenderaan elektrik, sekali gus menjadikan kampus rendah karbon.
“Ini adalah bas elektrik pertama yang digunakan di universiti di Malaysia dan mempunyai stesen pengecasan terpantas di negara ini.
“Kita bercadang menukar semua 15 bas diesel yang menjadi pengangkutan utama mahasiswa ke fakulti kepada bas elektrik secara berperingkat dan menyasarkan pada 2020 semua bas diesel ditukar sepenuhnya.
“Namun, ia bergantung kepada keberkesanan bas elektrik dalam fasa percubaan selama dua bulan ini di mana kita akan melihat kedudukan bas ini dari sudut bentuk jalan kerana UTM mempunyai jalan berbukit dan tidak semuanya jalan lurus,” katanya yang ditemui selepas selesai lawatan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di UTM, semalam.
Dr Abd Latif berkata, antara kelebihan menggunakan bas elektrik ialah 100 peratus mesra alam sekitar dan sifar pencemaran selain menjimatkan kos diesel sehingga 60 peratus.
“Bas elektrik ini menggunakan bateri cas pantas yang hanya mengambil masa 20 minit untuk dicas dan boleh bertahan sejauh 88 kilometer perjalanan.
“Pihak COMOS dalam proses pembangunan aplikasi jadual perjalanan bas elektrik bagi memudahkan mahasiswa merancang perjalanan mereka,” katanya.

sumber: hmetro.com.my

Inilah Keadaan Terusan Di Venice Kering Kontang Selepas Fenomena Super Moon


Bandar Venice yang terletak di Itali ini cukup terkenal dan sering dipanggil sebagai sebuah bandar romantik selepas Paris di Perancis dan Armsterdam di Belanda.

Mungkin disebabkan oleh kehadiran gondala-gondola yang bersimpang-siur di dalam terusan yang menghubungkan tempat-tempat lain di dalam bandar ini menjadikan bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

Akan tetapi, pernah tidak anda membayangkan bagaimanakah keadaan bandar Venice tanpa terusan-terusan mereka yang terkenal ini?


Gambar-gambar yang diambil sekitar 31 Januari sehingga 1 Februari ini memaparkan terusan di sekitar Venice yang kering kontang sehingga menyebabkan gondola-gondola itu tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyurutan paras air, antaranya adalah cuaca yang sejuk, kekurangan jumlah hujan dan fenomena Supermoon pada 31 Januari baru-baru ini yang telah memberikan kesan kepada pasang surut air.


Tidak seperti dengan gambar-gambar Venice yang sering kita lihat sebelum ini, keadaan terkini di Venice adalah jauh berbeza sekalli dengan deretan bot dan gondola yang terkandas di dalam lumpur di lantai terusan yang sekaligus menjadikan bandar ini kelihatan begitu tidak romantik sekali.

Di sesetengah kawasan di Venice, paras air di terusan surut sehingga 2 kaki. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Venice dilanda fenomena kemarau yang luar biasa dan fenomema ini telah mengakibatkan banyak aktiviti pelancongan dan pekerjaan terjejas teruk.

Monday, February 5, 2018

8 Destinasi Pelancongan Di Afghanistan Yang Menarik Untuk Kita Lawati


Salah seorang pembaca kami bertanyakan kepada kami, adakah ada tempat pelancongan menarik di Afghanistan? Afghanistan satu ketika dulu adalah negara pelancongan yang aktif sebelum ketidak stabilan negara mereka membuatkan aktiviti pelancongan tersekat.
Masalahnya, pelancong perlu memastikan kita mengelakkan kawasan-kawasan tidak selamat semasa kita di sana, melainkan kita sendiri mahu merasai apa pengalaman hidup dalam tempat berisiko tinggi. Berikut adalah 8 lokasi pelancongan di Afghanistan yang patut anda cuba kunjungi sekiranya anda berminat dengan sedikit cabaran.

1. Masjid Biru, Mazar i-Sharif

Masjid yang dikenali dengan gelaran 'masjid biru' mempunyai rekabentuk senibina yang cukup indah dengan corak geometrik arabesque memenuhi dinding masjid yang dihiasi warna biru dan emas.

2. Band-e-Amir National Park


Salah satu lokasi taman negara yang cantik di Afghanistan, keindahan semulajadinya mampu membuatkan sesiapa saja yang gemarkan alam semulajadi tertawan. Amat sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti perkhemahan dan berkayak di tasik yang jernih airnya.

3. Masjid Jumaat


Selain Masjid Biru, Masjid Jumaat yang terletak di Herat merupakan salah satu masjid ikonik Afghanistan. Dikatakan antara salah satu masjid paling cantik di dunia, pengunjung yang hadir di sana bukan sekadar dapat menikmati ketenangan masjid, malahan dapat berjual beli dengan peniaga yang meniaga di situ.

4. Lembah Bamiyan


Menjadi pusat agama Buddha di Afghanistan satu masa dahulu, Lembah Bamiyan masih wujud sehingga ke hari menempatkan pelbagai jenis monumen agama Buddha, serta tarikan utamanya dua patung Buddha yang mempunyai ketinggian 35 meter dan 53 meter. Bagaimanapun, kedua-dua patung itu telahpun diletupkan tentera Taliban pada 2001. Kini, kedengaran ura-ura proses pembinaan semula patung itu akan dimulakan.

5. Muzium Negara Afghanistan


Menempatkan tinggalan-tinggalan sejarah yang menceritakan perubahan-perubahan negara Afghanistan dari zaman sebelum kejatuhan kerajaan mereka pada tahun 90-an, yang menyebabkan banyak artifak berharga dicuri. Kini mereka masih lagi dalam proses memperolehi semula banyak artifak yang hilang dengan 70% daripada 100 ribu artifak masih lagi belum dapat ditemui.

6. Pergunungan Panjshir


Salah satu lokasi paling cantik di Afghanistan, kawasan pergunungan ini menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti lasak mendaki gunung. Menjadi tempat tinggalan beberapa kelengkapan tentera Soviet satu masa dulu, bagi mereka yang hendak ke Panjshir, pastikan anda ke sana dengan pemandu pelancong yang diiktiraf. Kawasannya agak berisiko.

7. Minaret Jam


Salah satu tapak warisan dunia UNESCO, Minaret Jam yang terletak di Ghor agak sukar untuk dilawati, berikutan kedudukannya yang agak jauh dan perlu menempuh perjalanan sukar. Dibina pada tahun 1190, minaret setinggi 62 meter ini dipenuhi ukiran kuhfi dan ayat al-Quran namun berdepan risiko runtuh berikutan struktur tanahnya yang dilhat berdepan hakisan teruk.

8. Takht e-Rostam


Terletak di daerah Samangan, bangunan ini adalah sebuah kuil Buddha yang menjadi penempatan sami-sami satu masa dulu. Merupakan sebuah struktur yang dibina sepenuhnya di bawah tanah kecuali dewan yang terletak di atas, Takht e-Rostam dibuat dengan teknik ukiran sepenuhnya, untuk dijadikan satu kompleks bangunan lengkap. Cara pembinaannya perlu dilihat dengan mata sendiri untuk memahami kehebatan kejuruteraan zaman dulu.

Tips Elak Penipuan Menerusi Panggilan Telefon


Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita mendengar laporan polis dibuat berkenaan penipuan dari panggilan telefon palsu.
Ramai mangsa penipuan tersebut terpedaya dengan taktik panggilan palsu yang menyamar sebagai pihak bank, pihak polis dan lain-lain.
Jenayah yang dikategorikan sebagai “telecommunication fraud” atau Macau Scam biasanya dijalankan dengan empat jenis modus operandi iaitu tipu culik dan minta wang tebusan, cabutan bertuah, penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan dan penyamaran sebagai pegawai dari Bank Negara Malaysia atau bank-bank yang lain.
Kebanyakkan panggilan dibuat menggunakan kaedah spoofing. Spoofing bermaksud pemanggil menggunakan platform voice over internet protocol (VoIP) dalam membuat panggilan dimana mereka akan meletakkan sebarang nombor telefon.
Apabila panggilan dibuat, mangsa akan terpedaya dan menyangka panggilan itu dibuat daripada nombor berkenaan walhal ia hanyalah taktik si penipu.
Berikutan masih kurangnya pemahaman terhadap kes-kes penipuan yang dibuat melalui panggilan telefon, Consumer Forum Malaysia (CFM) telah berkongsi tips yang boleh digunakan untuk mengelak dari terjerumus dalam penipuan tersebut.

  1. Jangan jawab panggilan daripada nombor luar negara yang tidak dikenali kecuali ia dari senarai kenalan anda.
  2. Jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan dalam talian, nombor kad kredit, atau nombor TAC kepada orang yang tidak dikenali. Sekiranya pemanggil bertanyakan maklumat kad debit/kredit dan perbankan dalam talian anda, segera tamatkan perbualan.
  3. Apabila mendapat panggilan daripada bank atau pihak berkuasa tentang isu undang-undang, minta serta catit maklumat pemanggil dan katakan padanya yang anda sibuk untuk meneruskan panggilan. Tenang dan jangan panik, dapatkan nombor telefon bank atau pihak berkuasa melalui laman web rasmi mereka di internet dan buat panggilan untuk mengesahkan maklumat yang anda perolehi tadi. Lebih elok sekiranya anda hadir sendiri ke pejabat mereka untuk mengesahkannya.
  4. Jangan muat turun sebarang aplikasi atau tekan apa-apa pautan yang diberikan pemanggil kerana dikhuatiri ia mengandungi perisian hasad atau perisian intip yang mampu mencuri data peribadi anda.
  5. Hubungi syarikat telco anda apabila terlalu kerap menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
  6. Pengguna boleh menggunakan aplikasi Truecaller untuk mengenalpasti atau menyekat nombor yang cuba menghubungi anda.
Sumber: CFM

5 Mafia Antarabangsa Terkejam Kat Dunia!


5 Mafia Antarabangsa Terkejam Di Dunia
Mafia bererti sebuah kumpulan penjenayah tersembunyi yang terlibat dalam organisasi keganasan yang tersebar di setiap negara. Mereka biasanya melebarkan pengaruh kawasan mereka dengan negara yang mereka kuasai dan anggotanya tersebar di dalam negara tersebut. Mereka juga bertujuan untuk memonopoli semua kegiatan jenayah berat seperti penjualan dadah, jual beli senjata api secara haram,pelacuran dan sebagainya.Entri kami kali ini akan menceritakan mengenai kumpulan mafia antarabangsa dan aktiviti mereka. Kumpulan mafia ini di susun berdasarkan pengaruhnya di dunia

1. Mafia Rusia

Mafia Rusia berpangkalan di Soviet Union (kini Persekutuan Republik Russia) mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dunia. Ahli-ahli geng mafia ini antara 100,000 hingga 500,000 orang. Mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara-negara lain seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain. Ahli-ahli geng mafia sering menyusup masuk ke dalam Israel dan Jerman dengan menggunakan identitiYahudi dan Jerman. Salah satu aktiviti geng jenayah yang terbesar, seperti penjualan dadah dan senjata api yang menyalahi undang-undang, pengeboman, penyeludupan, tindakan tidak bermoral, penipuan di internet dansebagainya. Salah satu kaedah-kaedah dalam kumpulan samseng ini tidak pernah bekerjasama (tetapilebih tepat tidak suka) dengan kerajaan. Jika seorang ahli ditangkap, mereka akan dibunuh selepas dibebaskan.Tindakan kumpulan ini adalah untuk membuatkan rakyat takut kepada mereka seperti bertindak ganas, penjualan organ dan caj pembunuhan.

2. Sicily dan Amerika Cosa Nostra

Sicily dan Amerika Cosa Nostra termasuk kumpulan-kumpulan mafia baru didunia. Geng baru ini diasaskan pada abad ke-19 di Itali. Walaupun termasuk geng mafia yang baru, tetapi geng ini mempunyai keupayaan untuk merancangjenayah seperti aktiviti-aktiviti peras ugut, pengedaran dadah, penjualan senjata api yang menyalahi undang-undang dan pelbagai perbuatan jenayah lain. Bilangan ahli mereka dianggarkan sekitar 3500 hingga 4000 orang tambahan yang bukan ahli anggota asal. Ahli-ahli kumpulan ini biasanya akan memulakan jenayah bermula dengan upacara membunuh

3. Dadah kartel Colombia
Geng Mafia ini lebih tertumpu kepada pemerolehan dan penjualan dadah yang bertaburan di hampir seluruh dunia. Geng Mafia ini mempunyai banyak organisasi dan hubungan dengan ahli politik, tentera dan syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat besar yang telah membantu kumpulan itu datang dari Cartel Cali Columbia, Cartel Medellin, dan Valle del Norte Cartel. Syarikat ini juga mempunyai pertalian di Amerika dan Columbia. Pengerusi mafia ini tidak akan sekali- kali menonjolkan dirinya

4. Triads Cina

Triads Cina adalah koleksi pelbagai organisasi jenayah yang tersebar di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan negara-negara lain. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle dan San Francisco.Aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah seperti rompakan, pembunuh upahan, jualan dadah, peras ugut, rampasan, dan lain. Geng Mafia ini telah bermula pada abad ke-18 tetapi kali ini mereka dipanggil Tian Di Hui. Walaupun aktiviti-aktiviti mereka di rantau ini agak besar tetapi ahli mereka dianggar kan dari 500 hingga 3000 anggota. Mereka juga bertanggungjawab untuk pemalsuan wang yang berlaku di China.

5. Yakuza

Yakuza Jepun adalah satu jenayah kumpulan berasal sejak dari zaman feudal yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk mendapatkan pengaruh mereka. Asal-usulnya didapati dalam abad ke-17. Hilang jari kecil adalah tanda untuk memberitahu ahli-ahli kumpulan. Ia sering ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan yang bertujuan untuk memujuk atau meminta maaf. Walaupun ada beberapa ahli ahli yang mempunyai tatu badan penuh. Iamempunyai 110,000 ahli aktif dalam kumpulan ini yang dari 2500 keluarga. Mereka yang terlibat dalam aktiviti perlindungan, mengimport pornografi dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang tanpa izin.

Sumber : terbaikini  / Google

Jual Rumah Serendah Harga RM5

Murah gila!, sebuah bandar di bandar Sardinia di sini, menawarkan 200 buah rumah dengan harga cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap satu unit. Foto: DailyMail.

ROM - ITALI. Murah gila! sebuah bandar di bandar Ollolai, Sardinia di sini, menawarkan 200 buah rumah dengan harga cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap satu unit.
Memetik laporan Daily Mail, langkah itu diambil bagi mengelakan bandar yang terletak di Kepulauan Itali itu menjadi bandar hantu ekoran populasi kelahiran bayi setiap tahun di bandar itu mengalami penurunan mendadak.


Langkah drastik itu dilaksanakan oleh Datuk Bandar Ollolai, Sardinia, Afio yang mengambil maklum tentang perkembangan itu lantas memutuskan untuk menyediakan skim rumah khas.
"Kebanggaan masa lalu adalah kekuatan kami. Kami sentiasa hidup dalam keadaan sukar namun kami sama sekali tidak akan membenarkan bandar kami mati," ujar Afio.
Dalam perkembangan terbaharu, langkah berkenaan telah menarik ramai pihak apabila telah menerima 120 permohonan daripada warganegara Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli unit rumah disitu.