Salam dan hi
Bajet trip ke Pantai Long, Pulau Perhentian Kecil. Bajet bawah Rm200 sahaja selama 3 hari 2 malam. Saya walk in, tak book apa-apa pun.
Hari 1
- Sampai jetty pukul 9am. Parking kereta RM7/hari.
- Tapau makanan untuk lunch di pulau.
- Cari tempat tinggal di Long Beach, Perhentian Kecil. Jumpa Awatif camping site. Rm30/hari untuk 1 khemah. Khemah disediakan. Boleh share 2 orang. Camping site ni sumpah best. Tepi pantai, angin kuat gila, tandas bersih, tempat makan sebelah, tokey mesra alam.
- Dalam petang sikit, jungle trekking ke windmill, laluan dia kat belakang camping site ni je. Ta payah nk jalan jauh-jauh, tak payah ambikk takesi air. Perjalanan dalam 30minit nak sampai puncak.
- Kita orang jungle trekking dari Long Beach ke windmill. Dari windmill pergi romantic beach (30 minit, curam gila jalan dia). Sebab dah penat sangat nk patah balik, panggil je bot-bot yang ada kat situ. Upah seikhlas hati sebab dorang bukan teksi. Dia hantar ke coral beach dan jalan kaki dalam 10 minit tembus ke Long Beach belah hujung 1 lagi. Nah. Hampir 1 pulau pusing.
- Makan malam maggi cup, roti sapu tuna, air mineral.
Hari 2
- Long trip snorkeling melalui di Chill Out Cafe RM30. Ada 5 point. Termasuk life jacket, mask, snorkeling.
- Kalau rasa jenis cepat mabuk, takut masuk air, dicadangkan ambik 3 point je. Membazir nanti. Sebab dah last-last korang pening, duduk atas bot je tak turun-turun.
- Lepas habis 3 point, akan berhenti untuk makan tengahari kat perkampungan nelayan. Tapi sebab lama sangat main air, tak lalu pun nak telan nasi sebab rasa loya,pening,migrain, nak termuntah semua ada.
- Cukup sekadar minum air dengan makanan ringan-ringan.
- Makna makam dalam lingkungan harga RM20. Saya makan nasi goreng seafood RM10 dan air laici RM4
Hari 3
- Sarapan maggi cup dan biskut
- Message nombor kat tiket bot bagitau berapa orang nak balik dan ambik kat mana. Selalunya ramai akan balik pukul 12 tengahari.
Kos
- Return boat – RM60 (harga asal RM70, tapi boleh mintak kurang)
- Marine park – RM5
- Camping – RM30/hari (kongsi 2 orang so jadi RM15 untuk 1 malam di Awatif Camping)
- Snorkeling 5 point – RM30 di Chill Out Cafe
- Wind mill jalan kaki dengan cara jungle trekking je
- Makan RM20 per hidangan
TOTAL – baru 100 lebih. Lagi mewah makan, lagi mahal la bajetnya.
Sumber: Puteri Nurshazmimi
No comments:
Post a Comment