Friday, January 12, 2018

Proton Exora Baharu


PAKAR manipulasi foto, Ajerul Antoine membuka tirai 2018 dengan menghasilkan rekaan Proton Exora baharuyang sememangnya dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
Melihat kepada foto manipulasi ini, rekabentuknya tampak sama seperti model konsep MPV Geely yang dipamerkan semasa Pameran Motor Shanghai 2017.
Berdasarkan rekaan imaginasi Ajerul, model bayangan Proton Exora baharu ini hadir dengan rekaan bergaya dan futuristik. Dari pandangan depan, bahagian gril disambungkan terus ke lampu utama LED. Senang kata, memang WOW!
Jika benarlah inilah rupa Proton Exora baharu, kami yakin boleh laku keras. Anda pula bagaimana?
Persoalannya, apakah foto manipulasi ini akan jadi kenyataan suatu masa nanti? Nampak gayanya, memang tidak mustahil memandangkan Geely sudah jadi sebahagian keluarga Proton. Apapun, doakan terbaik buat Proton.
sumber: Pandulaju.com.my

No comments:

Post a Comment