Tuesday, January 30, 2018

PADA YANG SUKA MENGHISAP PAYUDARA ISTERI, INI HUKUMNYA DALAM ISLAM!


Apakah hukum seorang suami yang gemar menghisap buah dada isteri sambil terminum air susunya sewaktu melakukan hubungan Bersama.?
Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Jawapan :
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi hal yang terpenting untuk melakukan persetubuhan.
Islam menghalalkannya jika sudah menikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan/pernikahan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini.
Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini karena jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
by: hambafakir

No comments:

Post a Comment