Tuesday, September 19, 2017

VIRAL – Penjawat Awam Kantoi Bersarapan Dan Membeli Belah Ketika Waktu Kerja!


Beberapa penjawat awam ditangkap meminum pagi dan membeli belah semasa waktu bekerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Selangor pada tahun ini.
Lawatan mengejut (spot check) telah diadakan dan diikuti oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi bersama-sama Unit Integriti SUK Selangor pada hari tersebut. Dan hasil yang didapati daripada lawatan tersebut adalah terdapat ramai kakitangan penjawat awam yang melakukan kesalahan tersebut, iaitu melakukan aktiviti yang tidak kena-mengena ketika waktu bekerja.
“Unit Integriti SUK Selangor akan sentiasa memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib akan dijatuhkan kepada mana-mana kakitangan kerajaan yang didapati bersalah”, jelas kenyataan beliau yang dimuat naik di laman Facebook.
Hasil pemantauan tersebut, Unit Integriti SUK Selangor telah berjaya menangkap empat orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak. Selain itu, terdapat beberapa pegawai lain juga turut dilihat sedang membeli-belah pada waktu tersebut.
“Diharapkan agar semua penjawat awam dapat mengubah corak budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam”, jelas beliau sebelum mengakhiri kenyataan tersebut.
Kesimpulannya, janganlah anda mencuri tulang ketika waktu bekerja. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sekian.
Sumber : Malaysia Sentral

No comments:

Post a Comment