Thursday, September 21, 2017

Cikgu Cedera Ditumbuk Oleh Bapa Pelajar, Namun Ini Kisah Disebaliknya

Viral sebuah kejadian di mana seorang guru dikatakan telah ditumbuk oleh seorang bapa kepada seorang pelajar sehingga guru tersebut mengalami kecederaan yang agak serius. 

Menerusi video tersebut, bapa pelajar itu datang bersama adik lelakinya namun berjaya dihalang oleh guru lain dari terus menyerang guru berkenaan. 

Menurut seorang netizen, kejadian yang berlaku di Brunei itu bermula apabila bapa kepada pelajar tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan sekolah menghukum anaknya dimana anaknya itu mengadu dia telah digantung sekolah.



Setelah disiasat, pelajar tersebut hanya membuat cerita dan merayu pihak sekolah membuang kesnya.  Menurut netizen tersebut, dua lelaki tersebut datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian apakah kesalahan anaknya itu. 

Menurut seorang lagi netizen, dua lelaki tersebut pada awalnya ingin menyelesaikan kes itu secara baik namun malangnya guru berkenaan yang mula bertindak kasar dengan mereka. 

"Dari apa yang saya dengar mereka cakap dalam video viral ini, mereka mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tetapi cikgu itu masuk saja dalam pejabat terus berkasar dengan mereka berdua.

"Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya,"




Kess tersebut telahpun diselesaikan secara baik apabila dua lelaki tersebut mengaku salah atas perbuatan mereka. Bapa pelajar tersebut difahamkan bekerja sebagai askar dan telah diberhentikan serta merta kerana kejadian tersebut. 

Bagi guru tersebut pula, dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut. - www.kakishare.tv







No comments:

Post a Comment