Friday, September 29, 2017

Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara - Wisma Putra

Jangan Pergi Ke Korea Utara Buat Masa Ini - Wisma Putra


Kementerian Luar hari ini telah mengeluarkan satu arahan yang melarang rakyat Malaysia daripada pergi ke Korea Utara sehingga diberitahu.

“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata Kementerian Luar.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi kementerian di talian  +603-8000 8000 (semasa waktu  pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat).


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment