Tuesday, July 24, 2018

Syarikat Jepun Berikan 6 Hari Cuti Tambahan Kepada Pekerja Yang Tidak Merokok


Masalah merokok di Jepun sudah dianggap semakin meruncing dengan jumlah peningkatan perokok baru yang bertambah dari semasa ke semasa. Bahkan negara tersebut sudah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini.


Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, menyokong untuk mewujudkan undang-undang mengenai larangan merokok di tempat umum. Peraturan ini juga adalah bagi persediaan untuk menyambut Olimpik 2020 yang akan dilakukan di Jepun nanti.
Salah satu cara yang dibuat oleh negara Jepun yang ingin mengurangkan jumlah perokok adalah dengan cara memberikan penawaran yang baik. Ini ditunjukkan oleh sebuah syarikat pemasaran online kepada pekerjanya.

Sesiapa yang bekerja di syarikat itu yang tidak merokok akan mendapat cuti tambahan selama enam hari dalam masa satu tahun. CEO Piala Inc, Takao Asuka, mengumumkannya dari bulan September selepas salah seorang pekerjanya yang tidak merokok membuat aduan tentang keadaan pejabat yang dipenuhi dengan asap rokok.

Syarikat Piala Inc ini terletak di tingkat 29 di daerah Tokyo dan biasanya mereka yang ingin menghisap rokok akan turun ke bahagian tingkat paling bawah. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira 15 minit. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pekerjanya yng tidak merokok.
Takao berharap dengan adanya peraturan ini dapat memotivasikan pekerjanya yang berstatus perokok tegar untuk berhenti merokok. Langkah ini juga akan memberikan insentif kepada pekerjanya yang tidak merokok. Takao menggalakan pekerjanya berhenti merokok melalui insentif dan bukan dengan cara hukuman atau paksaan.
Sumber : Taiko.fun

No comments:

Post a Comment