Monday, July 23, 2018

Ozil Rela Tinggalkan Die Mannschaft

Ozil (kiri) ketika bergambar bersama Erdogan. FOTO/AFP

Pemain kebangsaan Jerman, Mezut Ozil dikritik dan dibidas di Jerman kerana gambarnya bersama Presiden Turki, Erdogan yang disifatkan sebagai Islamist.
Pernah tak pemain bolasepak bukan Muslim dikritik dan dibidas oleh rakyat negara mereka kerana bergambar dengan ahli politik yang ekstrim?
Muslim sering disoal dan diasak bertalu-talu serta meminta maaf bagi aktiviti keganasan yang dilakukan oleh segelintir yang mengaku Muslim tetapi tiada yang melakukan benda yang sama ke atas penganut agama lain apabila aktiviti keganasan dilakukan oleh penganut agama lain.
Inilah dunia kita hari ini. Satu set prinsip untuk Muslim & Islam sahaja dan prinsip lain untuk Belum Muslim. Muslim, march on dan berdiri teguh di atas prinsip Islam. Gigitlah Al-Quran dan Sunnah dengan gigi geraham. Biar patah gigi tetapi jangan sesekali melepaskannya.

BERLIN: Mesut Ozil berkata dia tidak lagi akan menyarung jersi skuad kebangsaan Jerman susulan kritikan berunsur perkauman yang diterimanya pada kempen Piala Dunia 2018 di Russia.
“Dengan berat hati dan selepas membuat pertimbangan sewajarnya, saya tidak lagi akan bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya berasakan tidak dihormati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima,” kata Ozil menerusi laman Twitter miliknya.
Terdahulu, Ozil yang mempunyai keluarga berasal dari Turki mempertahankan tindakannya bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Mei lalu yang mencetus persoalan mengenai kesetiaannya terhadap skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia.
Dalam kenyataan menerusi Twitter miliknya, Ozil turut meluahkan kekecewaan terhadap Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) yang gagal mempertahankan dirinya susulan kritikan diterima.
“Paling mengecewakan saya berhubung isu melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah sikap DFB menerusi presiden, Richard Grindel yang langsung tidak mempertahankan saya,” katanya.
Pemain tengah Arsenal itu, berkata, Grindel dan jurulatih Jerman, Joachim Loew meminta dirinya untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi menamatkan kontroversi berhubung gambarnya bersama Erdogan.
“Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” kata Ozil.
Tambahnya, dia dilayan secara tidak adil apabila dikatakan menjadi punca kegagalan Jerman di pusingan pertama pada Piala Dunia.
“Saya tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kepada Grindel yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik,” katanya.
Ozil berkata, dia setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara Turki dan Jerman dan menegaskan ia langsung tidak berniat politik.
“Seperti ramai orang lain, asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,” katanya.
“Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki.”
Ozil, 29, berkata, dia menemui Erdogan buat kali pertama pada 2010 apabila Presiden dan Kaunselor Jerman, Angela Merkel menyaksikan perlawanan di antara Jerman dan Turki bersama-sama.
Katanya, sekali pun dia bergambar dengan Erdogan sejurus selepas pemimpin itu memenangi pilihanraya, ia tidak berkaitan dengan politik dan hanya menghormati pemimpin tertinggi negara keluarganya. - AFP


No comments:

Post a Comment