Tuesday, July 24, 2018

10 Fungsi Rahsia Telefon Pintar Yang Patut Anda Gunakan Serta-merta


Jika anda belum mengetahuinya, inilah beberapa trik untuk anda manfaatkan pada telefon anda.
1. Menghilangkan Iklan Semasa Bermain ‘Game’

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan mengaktifkan mod penerbangan ataupun ‘airplane mode’. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan semasa bermain game yang tidak memerlukan penggunaan internet.
2. Kata Laluan ‘Wi-Fi’

Anda pernah menerima kata laluan Wi-Fi tetapi telah melupakannya apabila ingin mengakses sumber Wi-Fi yang sama dengan alat elektronik yang lain? Jangan risau, kerana terdapat aplikasi yang anda boleh memuat turun untuk dapat tahu semua kata laluan yang pernah anda masukkan pada alat elektronik anda.
3. Mereka Templat Mesej Balasan Panggilan

Apabila anda berada dalam situasi dimana anda tidak dapat mengangkat telefon, telefon anda akan menyenaraikan senarai mesej templat yang boleh dihantar sebagai sebab tidak mengangkat panggilantersebut. Jika tiada yang sesuai, sebelum anda menerima panggilan yang lain, anda boleh juga membuat templat khas tersendiri supaya lebih kena dengan situasi.
4. Mod ‘Pelawat’ Pada Android

Jika anda tidak mahu orang lain yang sedang menggunakan telefon anda mengakses maklumat peribadi anda, terdapat mod ‘pelawat’ ataupun ‘guest mode’ yang memastikan mereka tidak dapat lihat apa-apa yang anda rahsiakan.
5. Kod Rahsia iPhone

Anda boleh merahsiakan nombor telefon anda semasa membuat panggilan dengan menggunakan kod.
*#31# – Semua yang menerima panggilan dari anda tidak dapat lihat nombor anda.
#31# – Satu orang yang ditelefon sahaja tidak dapat melihat nombor anda.
6. Pemasa Pemain Audio

Ciri iOS ini boleh memberhentikan apa-apa jenis pemain audio pada masa yang ditetapkan, supaya tidak membazirkan bateri telefon.
7. Mengambil Gambar Semasa Rakaman

Anda hanya perlu menekan butang mengambil gambar, dan ia tidak akan mengganggu rakaman anda.
8. Berkongsi Dengan Segera

Dengan menggunakan Android Beam, anda dapat mengongsikan sesuatu dengan telefon Android lain dengan lebih mudah. Gunakannya seperti Bluetooth, dan merapatkan belakang kedua-dua telefonnya.
9. Papan Kekunci & Tetikus

Jika skrin telefon anda bermasalah, ataupun anda perlu menaip petikan yang panjang padanya, anda boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus. Anda boleh membeli yang boleh dihubung menggunakan Bluetooth, tetapi anda perlu membeli yang baru yang kemungkinan agak mahal. Beli sahaja USB ‘on-the-go’.
10. Masa Sebagai Kata Laluan

Aplikasi ’Screen Lock – Time Password’ membuatkan masa yang terpapar sebagai kata laluannya.
Sumber: Taiko.fun/Brightside.me

No comments:

Post a Comment