Sejak rakyat bersuara dan memilih kerajaan baru di bawah pimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri ke-7, ramai yang mula berani mendedahkan isu yang selama ini dipendam mengenai apa yang terjadi kepada mereka semasa negara di bawah tampuk kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Setiap pendedahan ini bermula dengan pengakuan Azrene Ahmad, anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor yang kemudiannya diikuti oleh 7 orang selebriti, VIP dan usahawan yang mengaku pernah diugut sewaktu PRU.
1. CEO Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes
Perkara ini terpaksa dilakukan memandangkan Air Asia berada dalam industri yang amat terkawal dan memerlukan kelulusan kerajaan dalam hampir semua perkara sekaligus menyebabkan syarikat tersebut terpaksa sentiasa menyokong kerajaan.
2. Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak
Selepas kemenangan pihak pembangkang dalam PRU14, beliau dengan gembiranya mengucapkan tahniah kepada Tun M kerana kembali ke tampuk kepimpinan.
3. Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid
Pendedahan beliau termasuklah mengatakan diberi amaran untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa Siti Nurhaliza digam kerana tidak lagi kelihatan di saluran TV3.
4. Bekas wartawan, Zuan Azmi
Beliau menggelar mereka sebagai kakitangan yang mendapat suapan gred A dan hidup mewah dengan membuat liputan berita. Katanya lagi, dia diantara frontlinerTV3 yang berani tunjukkan sokongan kepada Tun M dan Datuk Seri Mukhriz di media sosial. Baca pendedahannya di sini.
5. Jurugambar profesional, Keow Wee Loong
Selain panggilan telefon, WhatsApp dan kiriman palsu di FB berbaur menghina Islam dan orang Melayu, dia juga pernah menerima panggilan supaya bersedia menerima peluru di kepala. Baca pendedahan daripadanya di sini.
6. Selebriti dan usahawan Rozita Che Wan
Katanya, dia dah lama menyimpan gambar tersebut kerana sekiranya dimuat naik, akan diganggu dan diminta delete walaupun gambar yang diletak bertujuan untukwish birthday Tun M. Dia juga menyatakan respect kepada rakan artis Ben Ali dan Fathia Latiff kerana berani menyokong Tun M secara terang-terangan walaupun bila diganggu.
7. Isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Umie Aida
Suami Umie Aida sebeum ini pernah ditahan bagi membantu siasatan mengenai skandal 1MDB di mana Khairuddin Abu Hasaan dilarang ke New York dan London dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan polis. Beliau juga direman apabila lantang mendesak siasatan terhadap Najib dilakukan.
Lega bila akhirnya mereka dapat semula kebebasan untuk bersuara.
Sumber: Free Malaysia Today via lobakmerah
No comments:
Post a Comment